Home All Isu Semasa Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

1761
0
Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik

Berpendapat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bukanlah pilihan Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik | terbaik, Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud akui ia bukan langkah efektif bagi mengawal penularan COVID-19 melibatkan individu yang baru pulang dari Sabah.

Katanya, langkah yang paling berkesan adalah dengan kuarantinkan golongan tersebut di pusat setempat seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dedahnya lagi, sebelum ini juga negara telah pun mempunyai pengalaman virus merebak dengan cepat disebabkan wujud individu tidak bertanggungjwab yang bertindak untuk tidak mematuhi perintah berada di rumah.

kuarantin

BACA JUGA :: Betul Ke Nak Masuk Sabah Kena Kuarantin 14 Hari? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar

“Pertama, apabila pesawat itu tiba dari Sabah, penumpang tersebut dibawa terus dari pesawat. Mereka tak perlu urusan imigresen, mereka perlu terus dibawa ke pusat yang tertentu di mana saringan boleh dilakukan. Ini boleh kurangkan kesesakan di lapangan terbang dan staf tak perlu proses dalam keadaan sempit dan sebagainya,” tambahnya.

Ujar Awang, kuarantin di pusat kuarantin adalah langkah terbaik kerana tidak semestinya semua yang diarahkan menjalani HSO dapat mematuhinya dengan baik.

Tidak hanya itu, beliau juga mencadangkan individu yang pulang dari Sabah sebelum 27 September 2020 juga perlu menjalani saringan COVID-19.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan 260 lagi kes baharu pada Rabu, selepas tiga hari Malaysia merekodkan lebih 100 kes pada Rabu (30 September 2020).

Terdahulu, Kes positif wabak berkenaan di Sabah mencatatkan angka membimbangkan sejak kebelakangan ini selepas berulang kali merekodkan lebih 100 kes dalam sehari.

Bagaimanapun, KKM telah mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah wajib menjalani HSO dan menjalani saringan ketika tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Sumber: Astro Awani

Kes Makin Meningkat, Pakar Epidemiologi Setuju Kuarantin Di Rumah Bukan Langkah Terbaik 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here