Otak Manusia Seperti Orang Sujud, Kamu Akan Lebih Rajin Solat Setelah Baca Ini

Otak merupakan bahagian yang sangat penting sebagai pusat saraf tubuh. Bahagian ini dikenali memiliki struktur yang kompleks dan memiliki banyak lekukan dan lipatan.

Namun ada hal menakjubkan dari organ yang selalu dibangga-banggakan ini. Ternyata jika diperhatikan dengan saksama, struktur otak manusia menyerupai orang yang sedang dalam keadaan sujud ketika solat.

Allah SWT berfirman dalam kalam-Nya dan berkali-kali mengatakan bahawa disetiap makhluk ciptaan-Nya terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya. Seperti dalam A-Qur’an ayat Adz Dzariyat: 20-21 dan QS. Al-Hajj: 18.

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin. Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz Dzariyat: 20-21)otak manusia, kebesaran ciptann otak manusia, bentuk otak manusia, otak manusia seperti orang sujud, kelebihan sujud kepada otak

“Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? ” [QS. Al-Hajj (22): 18].

Ayat di atas memperkuat bahawa struktur otak memang seperti orang yang sedang sujud. Ini menjadi tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa setiap ciptaan-Nya sebenarnya selalu menyembah-Nya sebagai bentuk ketaatan.

Hikmah Sujud Yang Mempunyai Hubungan Dengan Otak

Pada otak terdapat Prefrontal Cortex yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam perencanaan, organisasi, pengendalian impuls dan belajar dari kesalahan.

Ketika manusia bersujud, posisi jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini.

Berdasarkan penelitian Seorang Doktor di Amerika, Dr. Fidelma, Ia menemukan bahwa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak dalam keadaan normal.

otak manusia, kebesaran ciptann otak manusia, bentuk otak manusia, otak manusia seperti orang sujud, kelebihan sujud kepada otak

 

Namun berdasarkan penelitiannya, darah baru boleh masuk jika manusia dalam keadaan sujud. Dengan begitu darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex boleh berfungsi optimal dalam mengambil keputusan.

Itulah salah satu sebab mengapa solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Kerana pada saat solat dalam keadaan sujud, darah akan masuk ke otak dan Prefrontal Cortex menerima aliran darah sehingga orang yang solat boleh membuat keputusan yang lebih bijak, serta boleh berfikir mana yang baik dan buruk.

Hal ini juga lah yang membuat kenapa solat dapat menenangkan hati ketika sedang stres. Saat stres hormon adrenalin akan dirembeskan dan kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan.

Dalam keadaan ini, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir. Namun ini akan mereda ketika kita melaksanakan solat. Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal area ini.

Sujud memiliki makna bahawa manusia itu meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini. Hal Ini mengingatkan bahawa dirinya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.

Jika manusia sanggup menempatkan dahinya ditempat yang hina, tentu saja manusia tidak akan bersikap sombong terhadap Allah yang menciptakan manusia dari tanah.

Dalam kondisi ini hati akan merasakan kebesaran Allah dan ketika itulah manusia dalam hatinya selalu ingin mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang dengan mengucapkan, “Subhana Rabbial-A’la wa-Bihamdih”.

Semoga informasi ini menjadi tambahan ilmu baru bagi anda dan terimakasih sudah membaca.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *