Home All Isu Semasa Orang Ramai Mula Serbu Kedai Pajak, Lagi Lama PKP Lagi Ramai Hilang...

Orang Ramai Mula Serbu Kedai Pajak, Lagi Lama PKP Lagi Ramai Hilang Sumber Pendapatan

1918
0
Orang Ramai Mula Serbu Kedai Pajak, Lagi Lama PKP Lagi Ramai Hilang Sumber Pendapatan

Orang Ramai Mula Serbu Kedai Pajak, Lagi Lama PKP Lagi Ramai Hilang Sumber Pendapatan | PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak dua bulan lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada rakyat yang semakin kesempitan hidup apabila tidak bekerja.

Yang bernasib baik masih boleh bekerja dari rumah tentunya tekanan tidak sehebat mereka yang bekerja sendiri ataupun kerja gaji hari.

Justeru itu, pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin menerusi Instagramnya menyatakan sokongan dan memahami keputusan kerajaan membuka semula ekonomi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu Kerajaan Dengan Mengambil Gambar Atau Video Individu Yang Ingkar PKPB

Orang Ramai Beratur Di Kedai Pajak Gadai

Dia turut berkongsi beberapa foto yang tular di media sosial memperlihatkan orang ramai beratur di kedai pajak gadai bagi menukar barang berharga mereka kepada wang tunai.

kedai pajak

Shahrulezad berkongsi foto-foto tular orang ramai beratur di kedai pajak bagi menukar barang berharga mereka kepada wang tunai.

“Pemandangan di beberapa buah kedai pajak. Sebaik bermulanya PKPB hari ni ramai yang berpusu-pusu ke situ.”

“Sekarang fahamkan kenapa kerajaan terpaksa ambil keputusan tak popular buka balik aktiviti ekonomi walaupun berisiko tinggi? Sebab kerana macam inilah.”

“Lagi lama kita shutdown lagi banyak pemandangan sebegini kita akan lihat hari demi hari. Makin ramai yang hilang pendapatan. Makin ramai yang hilang kerja, ” ujarnya.

BACA: Kita Bakal Menghadapi Krisis Kewangan Paling Sengit, Pastikan Ada Simpanan Cash Yang Mencukupi!

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB yang membolehkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi pada Isnin.

Dalam pada itu, dia berharap agar orang ramai menggunakan kelonggaran yang diberikan ini dengan sebaiknya dan menjaga diri masing-masing mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan.

“Cuma saya harap sangat masing-masing jaga diri masing-masing jangan sampai hujung-hujung muncul pulak kluster pajak gadai sudah. Kasihan KKM dengan frontliners nak kawal balik pandemik ini, ” ujarnya.

Baca Selanjutnya

Orang Ramai Mula Serbu Kedai Pajak, Lagi Lama PKP Lagi Ramai Hilang Sumber Pendapatan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here