Home All Isu Semasa Banyak Lambakan Kerana PKP, Orang Asli Gembira Keledek Terjual Hingga 500kg Usaha...

Banyak Lambakan Kerana PKP, Orang Asli Gembira Keledek Terjual Hingga 500kg Usaha Cikgu Tolong Viralkan!

8106
1
Banyak Lambakan Kerana PKP, Orang Asli Gembira Keledek Terjual Hingga 500kg Usaha Cikgu Tolong Viralkan!

Banyak Lambakan Kerana PKP, Orang Asli Gembira Keledek Terjual Hingga 500kg Usaha Cikgu Tolong Viralkan! | Keresahan penduduk Kampung Orang Asli Lemoi, Cameron Highlands di Pahang kerana lambakan ubi keledek tidak terjual diubati selepas hampir 500 kilogram ubi itu berjaya dijual, hasil bantuan beberapa guru di sini yang memasarkannya di laman sosial.

Guru di Sekolah Kebangsaan Lemoi, Hanisah Mat Hussin mengambil keputusan memasarkannya secara dalam talian melalui media sosial selepas dua rakannya, Nor Mahidatulasma Yusof dan Wan Zamani Wan Musa yang juga guru di sekolah itu memaklumkan mengenai keluhan penduduk kampung orang asli berkenaan masalah itu.

“Sebelum ini para penduduk kampung menjadikan hasil ubi kayu keledek sebagai antara punca pendapatan, namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, jualan hasil tanaman itu mulai semakin berkurangan.

Orang Asli

Promosi Keledek Kampung Orang Asli Melalui Twitter

“Selepas berbincang (dengan Nor Mahidatulasma dan Wan Zamani), saya hanya buat iklan di media sosial kerana saya sekarang tidak berada di Cameron Highlands, tapi semua urusan ambil ubi dan pos dilakukan oleh dua rakan saya itu,” kata Hanisah, 39, ketika dihubungi Bernama.

Iklan jualan disertakan sekeping gambar puluhan ubi keledek segar di Twitter Hanisah, @bungolale pada 12 April itu diulang kicau lebih 1,000 kali, dan hasilnya, dalam beberapa jam saja permintaan masuk bertubi-tubi.

BACA: Pekerja Tempatan Gaji Harian, Warga Asing, Peminjam Ah Long Terhimpit ketika PKP

Kata Hanisah, beliau dan rakan-rakan hanya berniat mahu membantu penduduk kampung Orang Asli itu yang juga ibu bapa kepada anak-anak muridnya.

“Sekolah kami di pedalaman, kalau hari sekolah memang kami tinggal di dalam (kawasan kampung). Keluar seminggu sekali sahaja, jadi memang rapat dengan orang kampung.

“Bila mereka mengeluh kata banyak hasil tidak boleh jual inilah timbul idea nak bantu mereka,” katanya.

Hanisah kemudiannya turut berkongsi gambar beberapa bungkusan guni dan pek berisi ubi keledek di laman Twitter beliau yang siap untuk dipos kepada pembeli dari pelbagai tempat.

“Di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini sesuai kita amalkan hashtag kitajagakita. Kita tak mampu nak bantu semua, sekurangnya kita dapat bantu orang di sekeliling kita,” katanya.

Baca Selanjutnya

Banyak Lambakan Kerana PKP, Orang Asli Gembira Keledek Terjual Hingga 500kg Usaha Cikgu Tolong Viralkan! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here