Home All Isu Semasa Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan...

Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

5147
3
Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’ | Aktivis sifatkan operasi Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan kerjasama bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan adalah sebagai ‘tidak berperikemanusiaan dan bodoh’.

BACA: Pekerja Tempatan Gaji Harian, Warga Asing, Peminjam Ah Long Terhimpit ketika PKP

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, operasi berkenaan adalah bertujuan bagi membendung dan menyekat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Berikutan tidak memiliki dokumen yang sah, pendatang asing yang djangkiti wabak pandemik ini dikhuatiri mampu menularkannya apabila bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain seterusnya mewujudkan lagi satu kluster baharu di Malaysia.

PATISumber: MStar

Jika dibandingkan dengan warga asing yang masuk secara sah dan boleh dikenal pasti lokasi kediaman, kerja dan majikan, kehadiran PATI ini jauh lebih berisiko kepada keselamatan negara.

PDRM juga memberitahu selagi mana PKP masih dilaksanakan, polis tidak akan membiarkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah bergerak bebas dalam negara.

Antara pihak yang turut terlibat sama dalam operasi ini adalah Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia KKM).

Namun nampaknya tindakan pihak berkuasa ini telah menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa yang menyifatkan ianya sebagai ‘tidak berperikemanusiaan dan bodoh’.

Kata salah seorang aktivis tempatan, Adrian Pereira, serbuan yang dijalankan itu boleh menimbulkan ketakutan dan kecurigaan dalam kelangan pendatang asing tanpa izin ketika kerjasama mereka diperlukan dalam mengesan kes COVID-19 di Malaysia.

BACA: Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian!

Turut menambah bahawa operasi ini akan ‘memakan diri’ kerana boleh menyebabkan mereka (golongan PATI) tidak tampil melakukan pemeriksaan kesihatan, Human Rights Watch Asia menambah Putrajaya yang sepatutnya perlu mengutamakan kesihatan awam telah mempromosikan dasar xenofobia (ketakutan atau kebencian mendapat kepada ‘benda’ asing).

PATI Yang Ditahan Akan Dikumpul Di Satu Lokasi Mudah Untuk Dikawal Pergerakan

Menurut Abdul Hamid, PATI yang ditahan akan dikumpulkan di satu lokasi yang sudah ditetapkan bagi memudahkan pihak berkuasa mengawal pergerakan mereka sehingga tempoh PKP berakhir.

Selepas berakhir pelaksanaan PKP di Malaysia, semuanya diserahkan kepada kerajaan bagi membuat keputusan sama ada meneruskan tindakan susulan mengikut undang-undang atau mengusir kembali ke negara asal menerusi proses-proses yang sudah ditetapkan.

Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’ 1Sumber: FMT

Operasi serbuan itu mendapati ratusan PATI sudah mendiami di kawasan Masjid India.

Sumber: Astro AwaniFMT

Baca Selanjutnya

Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’ 2

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here