Home Pengetahuan Lepas Pantai Marang, Obor-Obor ‘Maut’ Dijumpai Di Pantai Sekitar Kuantan! Jangan Sentuh...

Lepas Pantai Marang, Obor-Obor ‘Maut’ Dijumpai Di Pantai Sekitar Kuantan! Jangan Sentuh Atau Ambil

2835
0
obor-obor

Menerusi saluran berita TV3, spesies obor-obor yang dikenali sebagai ‘Portuguese Man Of War’ dijumpai di perairan Marang merupakan spesies baru yang berbahaya. Ianya boleh membunuh manusia dalam masa 3 minit. Orang ramai diminta berhati-hati ketika berada di pantai ekoran spesies ini sudah berada di perairan Malaysia.

Obor-Obor Maut Boleh membunuh manusia dalam 3 minit

Boleh membunuh mangsanya dalam tempoh 3 minit. Spesies karnivor sebesar duit syiling 20 sen, 50 sen ini disifatkan luar biasa dan boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Ketika ini, tiada penawar khusus buat manusia yang terkena sengatannya.

Menurut seorang pensyarah biologi marine dan penyelidik UMT (Universiti Terengganu Malaysia), Dr Roswati, beliau mengesahkan bahawa spesies obor-obor itu merupakan hidupan marine yang biasanya terdapat di perairan Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, ekoran faktor perubahan cuaca menyebabkan obor-obor ini hanyut ke perairan Malaysia. Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika di pantai dan tidak memegang spesies ini jika terjumpa.

Dijumpai di Pulau Kekabu Marang

Spesies ini turut dijumpai di Pulau Kekabu, Marang. Orang ramai yang mengambil kesempatan ketika bercuti dan pergi ke pantai diminta berhati-hati agar memantau pergerakan anak mereka ketika berada di pantai. Spesies obor-obor ini kelihatan cantik untuk dipegang kerana warna nya yang cantik serta unik.

Dijumpai di Kuantan

obor-obor

Malah spesies ini turut dijumpai di Kuantan menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Nieza Kamal.

Dear Kuantan peeps, do be careful bila u all pergi beach ok.

We found these ‘portuguese man of war’ at Pantai Cempaka near Pantai Sepat. Even dead the upper part is still toxic. They are very beautiful you might be tempted to touch! Alhamdulillah we knew about the discovery in Marang, so bila nampak on the sand we recognised them terus. But memang kecil sangat!

Menurut individu ini, spesies ini ditemui di Pantai Cempaka, Kuantan dan kelihatan sangat cantik. Malah obor-obor ini sangat kecil hingga tidak kelihatan.

Sumber : Nieza Kamal

Lepas Pantai Marang, Obor-Obor ‘Maut’ Dijumpai Di Pantai Sekitar Kuantan! Jangan Sentuh Atau Ambil 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here