Home All Isu Semasa Fasih Berbahasa Melayu & Nyanyi Negaraku, Cikgu Mat Salleh Ini Rupanya Pernah...

Fasih Berbahasa Melayu & Nyanyi Negaraku, Cikgu Mat Salleh Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah

5399
0
Fasih Berbahasa Melayu Dan Nyanyi Negaraku, Cikgu ‘Mat Salleh’ Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah

Fasih Berbahasa Melayu & Nyanyi Negaraku, Cikgu Mat Salleh Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah | Baru-baru ini tular di media sosial hantaran seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang membuat ucapan dalam Bahasa Melayu dan menyanyikan lagu Negaraku dengan fasih.

Hantaran yang dibuat lelaki tersebut, Leon J.Muffet di Facebook itu tidak menunggu masa yang lama untuk menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kobelehannya berbahasa kebangsaan Malaysia itu.

Daripada video yang dikongsikan di media sosial itu, mungkin ramai yang menganggap beliau mempelajari bahasa kebanggan rakyat Malaysia itu secara bersendirian.

Pernah Menjadi Cikgu Mat Salleh di Malaysia

Namun, apa yang mungkin ramai tidak tahu adalah beliau sebenarnya pernah tinggal dan berkhidmat sebagai guru mengajar di Malaysia sebelum ini atau lebih tepat lagi pada zaman 1970-an dahulu.

cikgu mat salleh

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri dalam salah satu hantarannya di Facebook sambil menghargai sokongan dan maklum balas baik yang diterima selepas memuat naik ucap selamat kepada warga Malaysia sebelum ini.

Bukan saja fasih berbahasa Malaysia namun cikgu mat salleh ini rupanya mempunyai nama gelaran sendiri – ‘Kerbau balar’ yang menurutnya diberikan oleh anak murid beliau di Sekolah Menengah Air Hitam, Kedah sebelum ini.

“Saya habis fikiran dan hilang suara—tak ada kata kata yang sesuai.

BACA: “Bakti Buat Cikgu Aminah..” – Bekas Pelajar Berkumpul, Bantu Guru Kesayangan Sedang Uzur

“Kerbau balar Lubuk Pinang ini (kerbau balar adalah nama panggilan/nama kesayangan yang pernah diberikan kepada saya oleh anak muridnya di Sekolah Menengah Air Hitam, Air Hitam, Kedah) rasa penuh dengan syukuran,” tulisnya di Facebook.

Berpunca daripada video ucap selamat beliau kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi COVID-19 ketika ini, beliau dalam beberapa hantaran selepas itu menyifatkan menerima ‘kebanjiran kasih sayang’ daripada netizen-netizen di negara kita.

TERUSKAN MEMBACA

Fasih Berbahasa Melayu & Nyanyi Negaraku, Cikgu Mat Salleh Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here