Home All Isu Semasa “Nikah Boleh Tapi Hamil Jangan” Indonesia Nasihat Wanita Tunda Kehamilan

“Nikah Boleh Tapi Hamil Jangan” Indonesia Nasihat Wanita Tunda Kehamilan

1591
0

Negara jiran Indonesia dan Singapura masing-masing menunjukkan kenaikan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak dengan jumlah kematian ditahap yang membimbangkan.

Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 22,750, dengan 1,391 kematian.

Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai Covid-19 Achmad Yurianto berkata, sebanyak 479 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 19 lagi kematian turut direkodkan.

BACA: #Indonesia? Terserah! Luahan Kecewa Petugas Barisan Hadapan Kepada Rakyat Yang Tak Patuh

“Ketika ini, ada 12,342 pesakit yang diletakkan dalam pemantauan,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam sidang media sama berkata, Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun, akan dilonggarkan jika terdapat trend penurunan kes jangkitan.

“Jika kes tidak menurun PSBB akan disambung. Amat penting bagi warga Jakarta untuk tidak mengutamakan kepentingan peribadi bagi membolehkan aktiviti sosio-ekonomi dibuka semula dengan normal baharu,” katanya.

Perkumpulan Obstetri Ginekologi Indonesia dan berbagai organisasi obstetri dan ginekologi dunia sepakat memberikan arahan kepada masyarakat untuk menunda program kehamilan selama masa pandemik COVID-19.

Indonesia

Ini adalah kerana faktor-faktor keselamatan dan risiko yang bakal dihadapai oleh ibu-ibu yang mengandung yang mungkin akan lebih terdedah dengan virus yang merbahaya itu.

Satu video telah tular di mana pihak kerajaan Indonesia bertanggungjawab membuat rondaan dan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat untuk menangguh dahulu kehamilan memandangkan Indonesia sedang berada ditahap yang sangat serius.

Penceramah dan penulis buku Indonesia, Ustaz Suharsono kagum dengan cara Malaysia menangani Covid-19.

Menerusi rakaman video dikongsi di saluran Youtube, Suharsono berkata, keputusan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengurus pandemik itu adalah bertunjangkan Islam.

Beliau yang juga Pengarah Lembaga Studi Pengembangan Peradaban (LSiPP) berkata, langkah itu juga memberi peluang untuk ekonomi negara pulih tetapi dalam masa sama terus mengekang wabak daripada menular.

“Perdana Menteri yang cukup memberi kepedulian yang luar biasa kepada masyarakatnya.

BACA: Panduan Merancang Kehamilan Tanpa Pil Atau Suntikan, Baca Perkongsian Prof Dr Imelda Balchin

“Rakyat dapat keperluan yang baik tidak kira yang kaya atau miskin kerana semua dijamin mendapat bantuan,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan semula ekonomi dilihat satu usaha untuk membantu rakyat dan negara diatur dengan cara Islamik.

“Malaysia berjaya mengawal koronavirus (Covid-19) dengan jumlah kematian yang rendah berbanding negara lain.

“Ini sesuatu yang menarik dengan kemampuan pemerintah (kerajaan) di Malaysia betul-betul menghargai rakyat tanpa protes,” katanya.

Menurutnya, jika pemerintah itu adil dan mempedulikan rakyat, negara itu pasti akan terus makmur daripada pelbagai sudut terutama ekonomi.

Tambahnya, penurunan harga bahan api sejak Covid-19 di Malaysia juga membuktikan kerajaan tidak mengeksploitasi rakyat disaat sukar.

Video :

"Nikah Boleh Tapi Hamil Jangan" Indonesia Nasihat Wanita Tunda Kehamilan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here