Home All Isu Semasa “Kalau Jumpa Tak Payahlah Tanya Ni Anak Yang Sumbing Tu Kan” Rasa...

“Kalau Jumpa Tak Payahlah Tanya Ni Anak Yang Sumbing Tu Kan” Rasa Terkilan,Luahan Isteri Lan Solo.

3564
0
sumbing

“Kalau Jumpa Tak Payahlah Tanya Ni Anak Yang Sumbing Tu Kan” Rasa Terkilan,Luahan Isteri Lan Solo. | Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim meluahkan rasa terkilan terhadap sesetengah individu yang kurang peka dengan kekurangan orang lain.

Sheila menerusi posting di Facebook (FB) berkata, sesetengah individu adakalanya tidak tahu menggunakan masa yang sesuai untuk bertanya tentang anak bongsunya, Nur Amna Quxandra.

Tambahan lagi apabila bertemu empat mata dengan Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dipanggil Baby Xandra itu.

Tak Perlu Cakap Pasal Anak Yang Sumbing

“Hi aunties & uncles, ya sayalah Baby Xandra yang klef tu. Alhamdulillah saya membesar dengan sihat dan ceria.

“Cuma, kalau aunty uncle jumpa saya depan-depan tak payahlah cakap, “inilah anak Lan yang SUMBING tu kan?”

“Sebab saya baru nak masuk dua tahun hujung bulan nie. Jadi, saya sendiri tak tahu apa jadi kat saya.

“Mungkin bagi aunty uncle tu soalan biasa, tapi bagi saya yang makin membesar ni, saya kena bersedia dengan sekeliling saya.

“Its okay untuk bertanya, tapi harap-harap aunty uncle bertanyalah pada tempat sesuai dan kene pada masa.

“I’m still young dear uncle aunty.. izinkan saya membesar sama macam anak aunty dan uncle ye,” tulisnya.

sumbing

Baby Xandra dilahirkan pada 24 Februari 2018 dan menjalani pembedahan sumbing pada bibir Mei tahun lalu.

Selain Baby Xandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5.

Komen warganet

Sbg Ibubapa tak perlulah rasa malu. Abaikan sahaja mulut org yg tiada kaitan dgn hidup kita. Tak mati dek hinaan org. Chin up and stay happy. Sesiapa shj yg Allah kurniakan anak, berbahagialah tak semua org merasainya. Siapa pun anak kita, bagaimanapun anak kita jalankanlah tanggungjawab dan amanah kita dgn baik. Tak perlu berjumpa dgn org mcmtu. Kalau dah tak tahan sangat jawab je balik.

Sabar je la.. Anak sy yang tak OKU tu pon kalau orang jumpa suka cakap dia oku.. Cuma dia jalan tak macam kanak-kanak lain je.. Org terus label dia oku.. Sy hanya mampu senyum je.. Malas dah nak cakap.. Mulut orang, kita tak boleh nak tahan atau tutup.. Hanya mampu sabar.. Saya tau anak saya bukan oku.. Pakar rehabilitation pon cakap dia bukan oku.. Cuma jalan dia je tak betul, tapi dia normal..

Memang adaaaa mulut2 orang yg suka sangat la cakap psl fizikal org lain.. Gemuk sgt laaa.. Kurus sgt laaa.. Hitam laaa.. Macam monster laaa.. Muka byk jerawat laaa.. Banyak parut laaa.. Sumbing laaa.. Macam la dia perfect sgt #sayNOtoBODYSHAMING

Bila baca apa yg wife Lan smpaikan baru yg saya fhm. Ramai antara kita suka bertanya bnd CVa yg mereka tau. Kadang2 soalan tu lbh kpd sindiran. Walaupun ayat X kasar tp blh mkn hati.

Mulut org xpnh nak jg bile nak bercakap..ikt sedap mulut je..bile kene kt muke sndr tau plk nak marah..xpe dik da lawa comel pn skrg.. makcik bawang mulut mmg cm puaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here