Home All Isu Semasa Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

1262
2
perniagaan

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19 | Cuti sekolah telah pun bermula dan kebiasaanya ketika cuti sekolah banyak majlis perkahwinan akan berlangsung serta ibu bapa akan membawa anak-anak melancong dalam dan luar negara.

Akan tetapi, penularan wabak COVID-19 ini mencetuskan kebimbangan dalam diri semua orang dan kini Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan mulai hari ini.

Pastinya perkara ini memberi kesan kepada pelbagai pihak terutama sekali mereka yang menjalankan perniagaan tidak kira besar atau secara kecil-kecilan. Mana tidaknya, apabila perintah ini dilaksanakan, maka orang ramai harus patuhinya dan banyak perniagaan akan terjejas.

Banyak Perniagaan Terjejas

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19 1

Rata-rata netizen yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan berkongsi tempahan yang telah dilakukan pelanggan dibatalkan berikutan perintah tersebut. Mana tidaknya, majlis perkahwinan yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan dan kesemua servis perlu dibatalkan.

Salam. Disebabkan majlis kahwin adik terpaksa ditunda, kami nk let go muffin Gardenia ni. RM1.50 per pack. Kalau nk amik sekotak terus ada 60 packs kami bg RM60 je. Kami ada total 14 kotak ni😭 Mohon jasa baik utk RT pic.twitter.com/oPWTKKYIyU

— Khairunnisa (@nisarazali) March 18, 2020

Selain itu, taman tema seperti LEGOLAND dan Sunway Lagoon juga antara yang terkesan dengan perintah yang dilaksanakan kerana terpaksa menutup operasi untuk usaha menangani penyebaran wabak ini.

Jika waktu cuti sekolah, pastinya taman tema air merupakan antara destinasi pilihan ramai ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka berhibur.

Tidak dapat dinafikan bahawa perintah kawalan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan perniagaan tetapi perintah ini terpaksa dilakukan agar wabak COVID-19 dapat dibendung berikutan pertambahan kes jangkitan di Malaysia.

Jika anda merupakan antara peniaga yang terkesan dengan pengawalan COVID-19 ini, apakah pandangan anda tentang perkara ini? Adakah anda mempunyai penyelesaian untuk pendapatan anda dalam tempoh perintah ini dijalankan?

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here