Home All Isu Semasa Netizen Kongsi Keadaan Air Di Kelantan, Dah ‘Upgrade’ Daripada Teh Ais Ke...

Netizen Kongsi Keadaan Air Di Kelantan, Dah ‘Upgrade’ Daripada Teh Ais Ke Necafe O’ Kaw!

1071
0
Netizen Kongsi Keadaan Air Di Kelantan, Dah ‘Upgrade’ Daripada Teh Ais Ke Necafe O’ Kaw!

Netizen Kongsi Keadaan Air Di Kelantan, Dah ‘Upgrade’ Daripada Teh Ais Ke Necafe O’ Kaw! | Dah upgrade daripada teh ais ke nescafe o’ kaw, netizen kongsi keadaan air di Kelantan. Isu air bersih di Kelantan sehingga kini masih lagi belum dapat diselesaikan.

Terbaharu di sosial media, satu hantaran berkongsikan keadaan terkini air di Kelantan yang semakin memburuk atau dalam erti kata lain dah upgrade daripada warna seperti teh ais bertukar kepada nescafe o’ kaw.

Di ruangan balasan, ada yang mempertahankan bahawa sejak dia tinggal di Kelantan tidak pernah berhadapan dengan masalah air di Kelantan yang tidak bersih seperti ini.

Malah ada yang berkongsi, bahawa mereka (anak-anak) yang menikmati air bersih di Kelantan adalah hasil daripada penat lelah ibu bapa yang menggerudi air dari kawasan 20 meter di bawah tanah dan menyalurkannya menggunakan pam elektrik melalui laluan paip.

Sistem Air Di Kelantan

Digelar sebagai air boring, air dengan sistem telaga tiub ini bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah air kotor tetapi juga tekanan air rendah.Air Di Kelantan

Namun begitu, tak semua tempat sesuai menggunakan air boring kerana di sesetengah tempat terdapatnya masalah air berbau dan berwarna merah yang tak sesuai diminum kerana mengandungi toksik logam.

April lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata menjelang 2025 lebih 261,000 pemilik akaun air terawat di Kelantan akan menikmati perkhidmatan bekalan air bersih susulan pelaksanaan 33 projek bekalan air yang sedang dijalankan.

Netizen Kongsi Keadaan Air Di Kelantan, Dah ‘Upgrade’ Daripada Teh Ais Ke Necafe O’ Kaw! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here