Netizen Gesa Hantar Pulang Pelajar IPT Yang Masih ‘Tersangkut’ Di Kampus | Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) hanya akan berakhir hujung bulan ini, netizen mula menggesa kementerian bertanggungjawab untuk menghantar pulang pelajar-pelajar IPT yang masih berada di kampus masing-masing.
Perdana Menteri pada semalam mengumumkan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan sehingga 28 April ini.Pengumuman itu sekaligus menyaksikan para pelajar IPT terpaksa berada di kampus sehingga lebih dari sebulan sejak ia dilaksanakan.
Setuju. Kalau yang ada diluar negara tu gigih bawak balik, lepas kuarantin boleh balik rumah masing2. Kenapa student tempatan yang terperangkap dekat kolej tak diberikan keistimewaan yang sama? At least, boleh kurangkan belanja nak hantar makanan kat kolej2 lepas ni. https://t.co/bsCpftkRu6
— JUST STAY AT HOME! DUDUK DIAM-DIAM (@IniAlannn) April 10, 2020
Cadangan kepada Menteri Pengajian Tinggi @DrNorainiAhmad tentang pelajar yang terkandas di kampus.
1. Sila ambil data dan statistik berapa jumlah pelajar yang masih berada di kampus.
2. Dari jumlah statistik tu, boleh tahu berapa pelajar dari setiap negeri. pic.twitter.com/JeaYSfjLZv
— Naim Mustafa (@muhdnaimmustafa) April 10, 2020
Isu Pelajar IPT Dapat perhatian menteri dan ahli parlimen
Cadangan untuk membawa pulang pelajar IPT yang berada di kampus ini bukan saja hangat diperkatakan netizen tetapi turut mendapat pihak kementerian dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.
Syed Saddiq melalui beberapa ciapan yang dibuat di Twitter berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan memulakan misi menghantar mahasiswa pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sejak hari pertama PKP, para mahasiswa telah diletakkan di kampus masing-masing dan banyak bantuan telah disalurkan. Ini adalah perkembangan yang baik kepada kebajikan pelajar.
Kini, negara kita sudah hampir memasuki Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan. pic.twitter.com/2oauXdgaFf
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 10, 2020
Beliau dalam ciapannya itu juga turut mencadangkan jalan terbaik bagi pihak bertanggungjawab melaksanakan permintaan itu dengan menggariskan tiga perkara yang harus dinilai sebelum membuat keputusan itu.
Kerajaan juga perlu sediakan pengangkutan khas untuk pelajar pulang tanpa mengakibatkan penularan kes COVID-19.
Perkara ini boleh dibuat bersama pihak IPT, syarikat-syarikat penerbangan dan juga syarikat-syarikat bas awam. MP dan ADUN juga wajib bantu dalam misi ini.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 10, 2020
Selain daripada Syed Saddiq, Menteri Pengajian Tinggi Dr. Noraini Ahmad juga mengumumkan pihaknya akan melakukan sesuatu berkenaan isu tersebut.
Menerusi satu hantaran di Facebook, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama kabinet pada hari ini (Sabtu).
Jika melihat kepada perhatian yang diberikan pihak berwajib seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan bekas menteri belia dan sukan ini, diharapkan isu pelajar yang masih berada di kampus ini dapat diselesaikan dengan segera.
Bagaimanapun, pihak -pihak terlibat perlu memikirkan mekanisme terbaik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku daripada proses menghantar pulang pelajar-pelajar ini seperti penularan virus COVID-19 ini.

[…] Netizen Gesa Hantar Pulang Pelajar IPT Yang Masih ‘Tersangkut’ Di Kampus […]
[…] BACA: Netizen Gesa Hantar Pulang Pelajar IPT Yang Masih ‘Tersangkut’ Di Kampus […]
[…] BACA: Netizen Gesa Hantar Pulang Pelajar IPT Yang Masih ‘Tersangkut’ Di Kampus […]