Home All Dunia Islam Nenek 85 Tahun Memeluk Islam, Bakal Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama...

Nenek 85 Tahun Memeluk Islam, Bakal Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama Sebagai Muslim

2441
0
memeluk islam

Nenek 85 Tahun Memeluk Islam, Bakal Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama Sebagai Muslim | Hidayah itu milik Allah dan ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuklah hidayah untuk memeluk Islam.

Seperti kisah seorang warga emas yang dikenali sebagai Mariam Revert, wanita berusia 85 tahun ini berkongsi kisah bagaimana dia mula terdetik untuk memeluk Islam. Di samping itu, dia turut berkongsi video buat pertama kalinya dia mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah!

memeluk islam

Diterima atau tidak

Menerusi Instagram Mariam, dia memberitahu bahawa dia teringin untuk menjejakkan kaki ke masjid pada hari Jumaat. Disebabkan itu, dia nekad untuk berjalan kaki seorang diri ke sebuah masjid berhampiran tempat tinggalnya. Semasa tiba di masjid itu, kakinya terasa seperti tidak boleh bergerak kerana takut tidak diterima oleh umat Islam yang lain.

Namun, dengan izin Allah, dia meminta kebenaran seorang wanita Muslim di situ untuk masuk dan melihat apa yang sedang mereka lakukan di dalam masjid. Wanita itu sangat mengalu-alukan Mariam bahkan, memberi penjelasan tentang apa yang sedang berlaku dalam masjid.

Sebagai contoh, wanita itu memberitahu mengapa semua umat Islam duduk dan solat menghadap ke arah Kaabah dan apa yang akan berlaku semasa khutbah Jumaat nanti. Setelah memerhati dan merasai pengalaman berada di dalam masjid, Maria berfikir bagaimana jika dia hendak menjadi seorang Muslim.

Niat Ingin Memeluk Islam

Persoalan dan niat untuk memeluk Islam itu terus diaju Maria kepada wanita tersebut. Sejak itu, Maria diberitahu supaya mengucap dua kalimah syahadah. Tanggal 19 Disember, Mariam telah mengucap dua kalimah syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab di hadapan seorang ustaz dan beberapa wanita yang lain.

Alhamdulillah!

Mengenai latar belakang Mariam, warga emas ini merupakan seorang anak yatim paitu dan tidak mempunyai keluarga sejak dilahirkan. Meskipun, tidak mempunyai kasih sayang seorang ibu dan ayah, Mariam seorang yang kuat dan gigih belajar. Terbaru, Mariam memberitahu bahawa dia sedang belajar bahasa Arab dan cuba untuk menyebut kalimah-kalimah suci yang terkandung dalam Al-Quran.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama sebagai seorang Muslim esok, dia memohon doa semua masyarakat agar terus berdoa buat dirinya supaya menjadi insan yang hebat dan berjaya membaca Al-Quran.

Nenek 85 Tahun Memeluk Islam, Bakal Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama Sebagai Muslim 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here