Home All Dunia Islam 3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika...

3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika Syarikat

1781
2
3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika Syarikat

3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika Syarikat | Walaupun pelbagai laporan yang menyaji tindakan rakyat Amerika Syarikat adalah sangat tidak masuk akal seperti mengadakan tunjuk perasaan memprotes terhadap perintah kuarantin di rumah yang dikeluarkan oleh pemerintah bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara itu, namun itu hanya sebahagian sisi buruk sahaja.

Masih ada juga yang berusaha menyedarkan rakyat untuk sama-sama memerangi penularan wabak COVID-19 ini.

Sebuah papan iklan di Chicago memaparkan 3 nasihat Nabi Muhammad untuk kebersihan diri yang boleh diguna pakai melawan wabak COVID-19.

Billboard Nasihat Menangani Wabak

Iklan tersebut, yang dianjurkan oleh Gain Peace di Amerika Syarikat, menggariskan bagaimana pada zaman Nabi Muhammad menangani wabak, yang mana semuanya merupakan garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk menangani wabak COVID-19 ketika ini.

“Cuci tangan anda dengan kerap, jangan tinggalkan kawasan yang dijangkiti dan jangan mengunjungi kawasan yang dijangkiti.”

Garis panduan ini berdasarkan hadis dan dikongsi secara meluas di kebanyakan platform media sosial sejak wabak virus berbahaya itu mulai tersebar ke seluruh dunia.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nasihat ini mula tular di saat angka mereka yang dijangkiti COVID-19 terus meningkat lebih daripada 2.4 juta dan telah mengorbankan lebih 165,775 orang di seluruh dunia.

“Nasihat Nabi Muhammad tentang kebersihan umum, mengutamakan sokongan masyarakat dalam kehidupan seharian dan meminta untuk kuarantin ketika pandemik membuat kita merindukan pemimpin seperti baginda pada masa ini,” kata pensyarah Hussain Makke kepada The New Arab.

Umat Islam di seluruh dunia juga diingatkan untuk terus mengambil langkah penjarakan sosial sepanjang bulan Ramadan bagi mengelak penularan bertambah teruk, termasuk larangan mengadakan perjumpaan dan penutupan masjid dikekalkan.

wabak

Sementara itu, Presiden Donald Trump menyeru masyarakat Islam negaranya mematuhi penjarakan sosial, pada Ramadan ini seperti dilaksanakan ketika perayaan Easter yang melarang perhimpunan membabitkan ramai orang.

Persatuan Islam Amerika Utara bersama dengan pakar perubatan Muslim, sudah mendesak penangguhan solat berjemaah dan perhimpunan lain dalam usaha menangani penularan Covid-19.

Sumber: Albawaba

Baca Selanjutnya

3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika Syarikat 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here