Home All Keluarga Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah...

Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur

1824
0
Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur

Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur | Semalam kecoh di media sosial isu saman balas yang dikemukakan oleh Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah.

Dalam pada itu, Nor Hidayah ada membuat pengakuan beliau ada memindahkan wang sebanyak RM10,000 selain mengambil empat utas jam tangan berjenama milik suaminya sehari selepas pengebumian suaminya untuk kegunaan anaknya di masa akan datang.

Di sebalik isu saman ini, ramai melihat tindakan Ali sebagai tidak tepat walau pelawak itu mendakwa tindakan dilakukannya adalah untuk membersihkan nama keluarganya.

Menyentuh bab pemberian nafkah, ini sesuatu yang kita kena faham.

Penama

BACA JUGA : Bagaimana Cara Waris Menuntut Harta Pusaka ASNB?

Dalam hukum syarak, nafkah adalah meliputi keperluan untuk makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal kepada orang yang wajib diberi nafkah atau yang berada di bawah tanggungan seseorang.

Selepas kematian suami, jika mengikut hukum syarak, nafkah untuk anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya. Ia bukan tanggungjawab si ibu menyediakannya. Sebab itulah dalam Islam, dari segi pemberian faraid, bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.

Dalam pada itu, kami kongsikan info berkaitan meletakkan nama penama pada harta-harta yang ibu bapa miliki yang mana biasanya mereka akan letakkan nama anak sebagai pewaris.

Walau artikel ini tiada kaitan dengan kes saman balas Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah namun info ini boleh dijadikan panduan pada masa hadapan.

Sebagai panduan buat ibu bapa, mungkin ramai yang tidak tahu khususnya di kalangan pasangan baru berkahwin dan punya anak seorang, mereka sering meletakkan nama anak di bawah umur sebagai penama di KWSP, ASB, Tabung Haji, Tafakul dan lain lagi.

Alasan sering didengari, seandainya terjadi sesuatu pada ibu bapa, anak-anak boleh gunakan wang itu untuk kegunaannya.

Tapi tahukah, seandainya berlaku kematian di pihak ibu bapa dan anak-anak masih belum capai usia 18 tahun, ketika itu, wang yang diamanahkan untuk anak-anak-anak tidak akan dapat dikeluarkan atau menjadi milik mereka kerana semua harta itu akan dijaga oleh Amanah Raya Berhad sebagai pemegang harta sebelum diserahkan pada anak apabila usianya mencapai 18 tahun.

Berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Rujuk juga jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

jadi terserahlah kepada ibu bapa. Sama ada masih ingin meletakkan anak bawah umur sebagai penama atau diserahkan pada ahli keluarga paling dipercayai atau yang benar-benar amanah untuk mengendalikan wang tersebut apabila mereka tiada nanti.

Dalam pada itu, apa yang pasti, seperti digariskan di dalam hukum Islam, andai suami meninggal dan meninggalkan balu dan anak, tanggungjawab memberi nafkah dan tempat tinggal itu jatuh kepada waris wali ya iaitu datuk, nenek atau pakcik-pakciknya.

BACA JUGA : Bolehkah Harta Peninggalan Dibahagi Sama Rata Tanpa Ikut Faraid?

Jangan Letak Nama Anak Bawah 18 Tahun Sebagai Penama, Ia Hak Amanah Raya Selagi Tak Capai Umur 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here