Home All Isu Semasa Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup...

Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup Duit

1925
1
Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup Duit

Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup Duit | Di sebalik ekonomi yang sedang meningkat naik akibat pandemik Covid-19, rupa-rupanya ada cerita tersirat yang tidak banyak diperkatakan di media sosial.

Ianya berkenaan perbezaan sara hidup tahun ini dan tahun sebelumnya. Menyedihkan apabila banyak keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur terjejas pendapatannya hingga terpaksa makan mee segera dan telur sahaja bagi mengalas perut.

Biarpun pedih, ia adalah hakikat yang perlu diterima di sebalik kebanggaan segelintir kapitalis yang berbangga dengan penuhnya bangunan pencakar langit di bandar raya.

Kesan Pandemik Kepada Golongan Miskin Bandar

Menurut Free Malaysia Today, projek “Families on the Edge” ini menerangkan tentang kesan sosio-ekonomi akibat krisis Covid-19 ke atas sekumpulan 500 keluarga bersama anak-anak di flat kos rendah Kuala Lumpur. Badan bukan kerajaan, (NGO) UNICEF menjelaskan bahawa lebih 57 peratus keluarga menyatakan pendapatan mereka lebih teruk dari tahun lepas.

Ianya menyebabkan ramai terpaksa memotong belanja pada pengangkutan, pendidikan dan makanan. Biarpun sudah dipotong, masing-masing menegaskan tidak dapat membayar bil dan sewa rumah tertunggak serta 18 peratus tidak cukup makan.Miskin Bandar

Hal ini menyebabkan pola pemakanan berubah. Kebanyakan keluarga memilih untuk makan telur (+50%), nasi (+40%) dan mi segera (+40%). Inilah yang meresahkan UNICEF sebagai badan memperjuangkan hak kanak-kanak kerana mee segera tidak membawa manfaat kepada tumbesaran golongan ini.

Miskin Bandar

BACA JUGA: Perbezaan Pendapatan Isi Rumah Golongan B40, M40 Dan T20 Yang Anda Harus Tahu

Kajian tersebut turut merekodkan impak mental dan emosi yang agak teruk terhadap golongan miskin bandar iaitu sebanyak 66% responden mengaku emosi mereka tertekan. Antara yang diluahkan adalah kebimbangan terhadap masa depan keluarga, sedih, ‘anxiety’ dan ‘mood swing’.

Ianya membuatkan warganet berasa bersyukur dengan nikmat yang dinikmati mereka ketika menjalani fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup Duit 1

Jadi, bersyukurlah dengan nikmat-nikmat kecil yang selalu dipandang mudah dan jika ada saudara mara atau sahabat yang dalam kesusahan dan kategori miskin bandar, ringan-ringankan tangan untuk membantu mereka sekadar termampu.

BACA JUGA: Mufti Perlis Terang Beza Antara Miskin dan Malas, Ramai Netizen Setuju!

Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup Duit 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here