Home All Isu Semasa Jangan Merungut Duit Habis Atau Hidup Susah. Rezeki Susah Nak Dekat Bila...

Jangan Merungut Duit Habis Atau Hidup Susah. Rezeki Susah Nak Dekat Bila Kurang Bersyukur!

444
0
Jangan Merungut Duit Habis Atau Hidup Susah. Rezeki Susah Nak Dekat Bila Kurang Bersyukur!

Jangan Merungut Duit Habis Atau Hidup Susah. Rezeki Susah Nak Dekat Bila Kurang Bersyukur! | Pernah tak kita merungut, mungkin dalam hati, contohnya menyesal belanja seseorang atau keluarga hinggakan duit habis. Atau mungkin juga kita merungut kerana hidup susah tak seperti orang lain.

Kadang-kadang, kita berkira dan merungut untuk keluarkan duit. Kalau untuk membeli atau guna duit kepada perkara yang rasa tidak perlu. Itu tidak menjadi masalah. Sebaliknya, berkira-kira untuk belanja keluarga terutamanya, bimbang duit tidak cukup atau habis.

Jangan merungut pasal duit atau hidup susah. Sebab itu boleh jadi satu doa, sebaliknya kita kena bersyukur. Mungkin cara ini akan membuatkan rezeki kita bertambah-tambah. Kita tidak tahu, ini boleh jadi asbab. Ada duit, tak ada duit, hidup susah atau senang. Kita kena bersyukur. Rezeki yang Allah akan bagi kita tak tahu.

Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka mata pembaca di luar sana agar tidak merungut, walaupun dalam hati dalam menegeluarkan duit atau belanja untuk keluarga mahupun kawan-kawan.

Ada duit atau tak ada, senyum dan bersyukurlah jangan merungut.

merungut

Jangan Sebut

Seorang kawan aku ni, dulu cukup suka merungut hidup sempit, duit tak cukup, hutang banyak, duit habis dan seumpamanya.

Aku terus tegur dia. Aku cakap,

“Jangan merungut. Jangan sebut duit tiada. Duit habis. Hutang banyak. Hidup susah dan sempit. Syukur, syukur dan selalu kata kita ni kaya.

Mampu sedekah dalam tabung masjid rm1 kan? Itu tanda kita kaya. Hanya orang kaya boleh memberi”.

Dulu-dulu, bila aku belanja anak-anak ke, isteri ke, adik-beradik ke, mereka akan tanya,

“Banyak duit kau. Boleh belanja ni”.

“Amin, amin,” balas aku.

Padahal masa tu tak ada la duit mana pun. Kadang bil pun tertunggak, ansuran kereta pun bank call. Malah, kadang tak dan cukup bulan dah mula berhutang.

Tapi setiap kali orang kata aku banyak duit, aku kaya, aku senang, aku akan senyum dan aminkan walau hakikat sebenarnya masa tu aku sendiri perit.

BACA JUGA :: Belajar Memaafkan Hati Jadi Tenang, Rezeki Pun Akan Masuk Mencurah-Curah!

Aminkan Doa

Sesekali balik kampung, keluar mengeteh dengan kawan-kawan, akan ada kawan-kawan berseloroh,

“Cikgu ada. Cikgu bayarlah air ni. Berapa sangat harga air dan makan kawan-kawan. Dah la balik sekali sekala. Cikgu kan gaji banyak”.

Aku senyum, aminkan dan bayar saja. Esok lusa dah tak keluar. Sebab duit dah habis.

Orang tak tahu kita nak balik kampung nak isi minyak kereta bayar tol pun kadang meminjam dan berhutang. Benda gitu takkan nak cerita kat orang, ye dak?

Kata-kata Itu Doa

Namun setiap kali orang kata kita senang, kita kaya kita ada duit, aminkan sahaja.

Berhenti merungut kata duit tak ada walau hakikatnya begitu. Kata-kata ni satu doa. Sering berkata-kata tak ada duit, hidup susah, kewangan sempit ni, rezeki pun susah nak mendekati. Sebab kita sendiri yang ‘halau’ rezeki.

Bila keluarkan duit untuk keluarga, untuk sesiapa sahaja, jangan disebut tentang kerugian kita. Sebab keuntungan orang yang menerima.

Jangan merungut duit habis berbelanja meski pun di dalam hati, tapi bersyukurlah kerana kita mampu berbelanja dan membuat orang lain dapat merasa. Begitu sepatutnya.

Kata-kata satu doa. Percayalah.

#MFS
– Teknik menarik rezeki –

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Jangan Merungut Duit Habis Atau Hidup Susah. Rezeki Susah Nak Dekat Bila Kurang Bersyukur! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here