Home All Isu Semasa Menu Taska Untuk Anak Asuhan Buat Netizen Bengang, 2 Ketul Leher Ayam...

Menu Taska Untuk Anak Asuhan Buat Netizen Bengang, 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6!

2047
0
menu taska

Menu Taska Untuk Anak Asuhan Buat Netizen Bengang, 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6! | Menghantar anak-anak kecil ke pusat asuhan bukanlah satu perkara baru dalam konteks masyarakat kini. Lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri yang bekerja dan tidak mempunyai waktu yang cukup untuk mengasuh anak-anak.

Oleh sebab itu, pusat asuhan menjadi pilihan mereka menghantar anak-anak di sana dan membayar secara bulanan kepada pemilik pusat asuhan.

Namun, bukan semua pusat asuhan menawarkan keselesaan kepada anak-anak walaupun ibu bapa telah membayar dengan harga yang sepatutnya seiring dengan perkhidmatan pusat tersebut.

Menu Taska Paling Kedekut, Makan nasi lauk kicap je

Menerusi satu perkongsian daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Sharifah Hasinah Shahajam, dia telah meluahkan rasa kesal terhadap pusat asuhan tempat dia menghantar anaknya.

Apa yang menyedihkan, anak-anak yang berada disitu hanya diberi makan nasi serta kicap dan juga telur dadar.

menu taska

Dua ketul leher ayam kongsi 6 orang?

Pada awalnya dia hanya membiarkan sahaja aduan daripada anaknya tentang menu taska terbabit kerana beranggapan ia sekadar rungutan biasa, akan tetapi dia telah bertindak pergi dan melihat sendiri keadaan tersebut.

Ternyata dakwaan anaknya benar dan dia melihat makanan yang dihidang di dalam talam untuk 6 orang makan hanya dihidangkan bersama dua ketul leher ayam.

menu taska

Talam pun dah kaler lain

Talam  yang  digunakan untuk menghidang makanan tersebut juga agak tidak sedap untuk dipandang berikutan sudah bertukar warna dan kelihatan sudah tidak sesuai digunakan.

menu taska

menu taska

Menitik air mata tengok

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas diatas perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebbok itu.

Mereka juga mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh pusat asuhan itu tidak wajar berikuta ibu bapa membayar harga bulanan mengikut bayaran yang telah ditetapkan.

Mereka juga berharap pihak asuhan tersebut dapat memberi penjelasan kepada apa yang telah tular sejak malam tadi di media sosial berhubung makanan yang diberi kepada anak-anak.

Menu Taska Untuk Anak Asuhan Buat Netizen Bengang, 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6! 1

Duit bukan main berkira

menu taska

kalau bagi bubur nasi sorang satu pun kenyang kot

Menu Taska Untuk Anak Asuhan Buat Netizen Bengang, 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6! 2

Memandangkan taska swasta tersebut berbayar pada harga standard terkini RM350 adalah sangat tidak patut menu seperti nak bagi makan kucing yang dihidangkan pada anak-anak kecil ini.

Bagi ibu bapa yang ada hantar anak kecil ke taska sekali sekala buatlah spot check mengejut baru tahu betul ke kualiti taska tersebut seperti diperhebahkan nak pula melibatkan menu taska tu hidangkan pada anak kita. Kesian pada anak-anak yang sepatutnya mendapat menu yang berkhasiat untuk tumbesaran mereka.

Menu Taska Untuk Anak Asuhan Buat Netizen Bengang, 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6! 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here