Home All Isu Semasa Menteri Agama Kenang Pengaruh Ustaz Ismail Kamus, ‘Kaset Ceramah Terjual Tidak Terkira...

Menteri Agama Kenang Pengaruh Ustaz Ismail Kamus, ‘Kaset Ceramah Terjual Tidak Terkira Bilangannya’

1082
0
Menteri Agama Kenang Pengaruh Ustaz Ismail Kamus, ‘Kaset Ceramah Terjual Tidak Terkira Bilangannya’

Menteri Agama Kenang Pengaruh Ustaz Ismail Kamus, ‘Kaset Ceramah Terjual Tidak Terkira Bilangannya’ | Negara kita pada awal pagi semalam dikejutkan dengan pemergian pendakwah dan agamawan terkenal Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas beliau yang terakhir di kediamannya di Ampang, Selangor, pada jam 12.29 tengah malam semalam.

Berita pemergian arwah yang juga tokoh pendakwah di negara ini disambut dengan penuh hiba di seluruh negara dengan orang ramai masing-masing mengucapkan takziah dan memberi penghormatan kepada beliau di hampir semua platform media sosial.

Antara yang tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada arwah adalah Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri yang juga merupakan bekas mufti Wilayah Persekutuan dan kenalan lama arwah.

BACA: [Video] Wasiat Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus, Jangan Tinggal 4 Perkara

Dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya, Dr Zulkfifli mengenang kembali nostalgia kehebatan arwah Ustaz Ismail Kamus yang sangat berpengaruh pada masyarakat negara kita suatu ketika dahulu.

“Mengenangkan sosok tubuhnya sentiasa mengingatkan saya kepada nostalgia ceramahnya di era 80an dan 90an yang berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat baik di kaca televisyen – mahupun koleksi kasetnya yang terjual entah tidak terkira bilangannya.

“Kehadirannya sentiasa dinantikan setiapkali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1.

“Celotehnya yang bersahaja, disulami nasihat-nasihat yang amat berguna, sentiasa menjadi ingatan kepada generasi yang sempat berada pada era tersebut.

Selain bekas mufti itu, turut tidak ketinggalan memberikan penghormatan buat penceramah terkenal itu adalah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengenang kembali kenangan mendengar ceramah-ceramah arwah ketika masih di bangku persekolahan.

“Semasa saya di sekolah menengah lagi, suara beliau yang selalu berkumandang dalam kaset ceramah selain gurau sendanya menjadi ajukan ramai malah mendidik dalam gurauan dan sindiran yang mesra,” katanya di Facebook.

Tambah beliau, arwah juga merupakan tokoh penting pada zamannya dan sumbangan beliau mempunyai kesan yang tersendiri dalam perkembangan dakwah masyarakat di negara ini.

“Kita yang mewarisi sumbangan tokoh seperti beliau perlulah kita untuk menghargai mereka.

“Dalam masa yang sama mengakui bahawa masih ada ruang yang perlu dipenuhi dan diisi (diperbaiki ketika berdakwah).

Bahkan juga, mungkin dikemas kini,” tegasnya dalam hantaran tersebut.

Baca Selanjutnya

Menteri Agama Kenang Pengaruh Ustaz Ismail Kamus, ‘Kaset Ceramah Terjual Tidak Terkira Bilangannya’ 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here