[VIDEO] Mengucap 2 Kalimah Syahadah, Hasrat Wanita Ini Untuk Peluk Islam Tercapai

0
372
kalimah syahadah

[VIDEO] Mengucap 2 Kalimah Syahadah, Hasrat Wanita Ini Untuk Peluk Islam Tercapai | Seorang tentera wanita yang berasal dari Sarawak baru sahaja memeluk islam baru-baru ini.

Berita gembira yang dikongsikan di laman Facebook, Berita Tentera Darat Malaysia telah mendapat respon positif daripada warganet. Pengislaman tentera wanita itu turut menarik perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu apabila beliau memuat naik video pengislaman tersebut di akaun Twitter miliknya.

Mengucap dua kalimah syahadah

Menerusi video tersebut, dilihat Patricia Evelyn Renggei atau nama Islamnya ialah Nur Umairah Zahra Abdullah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Muhamad Azmi Wahab.

Nur Umairah merupakan seorang tentera berpangkat Pbt daripada Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia (MK TD-CSM) .

Dah lama tertarik dengan Islam

[VIDEO] Mengucap 2 Kalimah Syahadah, Hasrat Wanita Ini Untuk Peluk Islam Tercapai 1

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia mengatakan majlis tersebut telah diadakan di Surau Al-Hidayah di Kementerian Pertahanan.

Majlis pengislaman itu didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan tazkirah ringkas sebelum dua kalimah syahadah dilafazkan oleh Nur Umairah.

Beliau mengakui tertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP (Jabatan Arah Rekod dan Pencen) ke CSM (Cawangan Sumber Manusia) disebabkan mendapat sokongan yang penuh daripada pegawai serta rakan sejawat.

Alhamdulillah

kalimah syahadahmengucap dua kalimah syahadah

Kisah gembira ini turut dirasai oleh warganet terutamanya mereka yang beragama Islam. Rata-rata daripada mereka bersyukur dan mengucapkan tahniah dengan khabar gembira ini. Mereka turut mendoakan agar Nur Umairah sentiasa dilindungi Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya.

Sumber: Mohamad SabuBerita Tentera Darat Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here