Home All Isu Semasa Mengapa Rakyat Jangan Ingkar PKP, Bukan Sebab Covid-19 Je Ini Libatkan Keselamatan...

Mengapa Rakyat Jangan Ingkar PKP, Bukan Sebab Covid-19 Je Ini Libatkan Keselamatan Negara!

5685
2
Mengapa Rakyat Jangan Ingkar PKP, Bukan Sebab Covid-19 Je Ini Libatkan Keselamatan Negara!

Mengapa Rakyat Jangan Ingkar PKP, Bukan Sebab Covid-19 Je Ini Libatkan Keselamatan Negara! | Beberapa hari ini isu keselamatan negara menjadi tajuk utama dengan pelbagai isu melibatkan pelarian Rohingya dan juga pertambahan rakyat yang ingkar PKP.

Apa Kaitan Ingkar PKP dengan Keselamatan Negara?

Buat mereka yang masih degil dan berterusan ingkar PKP, kedegilan ini menyebabkan berlaku pertambahan anggota PDRM/ ATM untuk mengawal pergerakan rakyat.

Pelbagai usaha di lakukan sehingga menutup jalan dengan tembok konkrit dan sekatan jalan bagi memastikan yang keluar betul-betul bekeperluan dan tidak menjadi punca kluster Covid-19 yang baru.

Kerana kesibukan PDRM/ATM memastikan rakyat tidak ingkar PKP, beberapa isu keselamatan dalam negara turut terjejas melibatkan jenayah yang lain. Ditambah pula dengan jumlah warga asing di Malaysia yang tinggi dan sukar di kawal. Ini memberat kan lagi tanggungjawap sedia ada pasukan frontliners.

ingkar PKP

Bayangkan jika kita semua patuh kepada arahan semasa PKP, keluar berseorangan membeli barang keperluan dan memendekkan tempoh urusan pembelian. Bagi mereka yang bekerja dengan tempoh masa bekerja yang dipendekkan tiada alasan untuk berada di luar selepas pukul 8 malam. Dengan pematuhan arahan ini mengurangkan tenaga kerja frontliners yang terlibat dengan isu keselamatan dalam negara.

Negara kita ada 3 cabaran yang sangat besar.

1. Wabak covid19 – wabak ini telah menyebabkan pasukan keselamatan kita dikerah untuk pelaksanaan PKP dan PKPD. Ingat ya APMM, TUDM dan TLDM juga terlibat sana membantu dengan pelaksanaan PKP. Pematuhan menurut kementerian adalah tinggi tetapi tak bermakna kita boleh leka dan ingkar PKP.

2. Bila kita menghadapi wabak, khususnya dalam pelaksanaan PKP, kita telah menutup semua sempadan masuk ke negara kita samada melalui jalan darat, laut mahupun udara.

Jadi selain anggota pasukan keselamatan kita terlibat dengan PKP kita juga ada kalangan anggota yang bertugas menjaga sempadan. Jadi tenaga kerja kita sudah terbahagi kepada tugas hakiki menjaga sempadan dan tugas tambahan yakni PKP.

Sempadan kita mesti ditutup untuk sesiapa pun hatta pelarian sekalipun tak kiralah apa masalah dia dengan tempat asalnya kerana situasi sekarang situasi wabak penyakit. Sedangkan sempadan kita dengan Singapura pun kita tutup takkan nak bagi masuk pelarian pulak?

Selain pelarian sedia ada, kita kena bersedia dengan kebarangkalian eksodus penduduk negara jiran yang mungkin akan lari mencari tempat selamat dari kes covid19 sedang mencanak dalam negara mereka.

Dan di Sabah Timur, ancaman penyusupan kumpulan militan juga dipantau oleh pasukan keselamatan kita.

Mengapa Rakyat Jangan Ingkar PKP, Bukan Sebab Covid-19 Je Ini Libatkan Keselamatan Negara! 1

3. China dan negara asing lain sedang berkampung di Laut China Selatan dalam EEZ kita. Dalam keadaan wabak masih lagi negara kuasa besar bertelagah berkenaan pengaruh dirantau ini.

Ini juga perlu perhatian pasukan keselamatan kita khususnya TLDM dan APMM. Nampak keadaan sekarang di Laut China Selatan sangat2 menggusarkan bila lebih banyak kapal perang.

Sudah lah covid19 berleluasa di negara jiran, kemudian pulak, pelarian dan PATI pula cuba menyusup masuk, ditambah pula angkatan laut asing yang menceroboh. Kau yang sembang kemanusiaan tu nampak tak realiti keselamatan negara kita sekarang?

NAMPAK TAK? Kau tengok infografik kami beri tu. Kau nampak tak apa yang dok tunggu dekat sempadan2 kita? Kau nampak tak? Kau dah faham dan keadaan keselamatan kita sekarang? FAHAM TAK?

BACA: Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara.

TLDM bagi stok makanan dan air pada bot pelarian tu dah cukup bagus dah. Korang jugak yg dulu bising2 pasal sempadan wajib ditutup semasa PKP ni untuk kekang covid19. Kau dah lupa ke hujah kau pasal mcm mana pesan Nabi pada sahabat semasa wabak?

Cukup humane dah tu kita bantu. Nak lebih2 bagus NGO yang melalak, korang yang champion human rights sesangat tu pergi sendiri tengah laut dan tolong mereka sendiri dari sibuk nak kerahkan tentera kita yg sekarang pun tak menang tangan dan tak cukup kakitangan nak hadap masalah lain di sempadan negara.

Ni bukan kami nak suruh benci Rohingya ke apa tak. Kami nak korang faham situasi keselamatan negara kita sekarang ni. Kita ni tgh dilanda wabak tau bukan hari biasa takde wabak.

NAK TOLONG TU BERAGAK!!

Bagi yang berniat nak ingkar PKP sempena bulan Ramadhan nanti fikir-fikir kan lah..kesilapan paling besar yang korang lakukan ialah dengan tidak peduli soal keselamatan negara dan pentingkan diri sendiri!

Sumber

Baca Selanjutnya

Mengapa Rakyat Jangan Ingkar PKP, Bukan Sebab Covid-19 Je Ini Libatkan Keselamatan Negara! 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here