Home All Keluarga Menantu Datang Daripada Keluarga Berbeza, Tetapi Janganlah Anggap Mereka Orang Luar.

Menantu Datang Daripada Keluarga Berbeza, Tetapi Janganlah Anggap Mereka Orang Luar.

1294
0
Menantu Datang Daripada Keluarga Berbeza, Tetapi Janganlah Anggap Mereka Orang Luar.

Bukan seorang, dua daripada mak-mak berdepan dengan masalah hubungan mertua-menantu. Awalnya hubungannya baik dan indah, namun semakin lama bila masing-masing menunjukkan perangai sebenar, hubungan yang baik menjadi retak.

Sesungguhnya menantu datang daripada keluarga berbeza, dibesarkan juga dengan cara yang lain. Namun berhentilah anggap mereka orang luar. Mungkin ada beberapa perkara yang tidak kena di mata, sebaiknya berbincanglah demi hubungan mertua dan menantu yang baik.

Ikuti perkongsian Acik Bawang Network dan hadam baik-baik iya:

BACA JUGA :: Bila Tua Nanti & Ada Menantu, Jangan Buat Menantu Terasa Hati

menantu

Apa pun kita tetap orang luar…

Bekerja sebagai pendidik, waktu paling seronok adalah ketika kita dapat berkumpul beramai-ramai sambil menghadap bekalan selepas selesai kelas jam 10.00 pagi.

Macam-macam cerita yang kami bualkan. Hal anak- anak, cerita dalam kelas dan adakalanya berkongsi masalah pengurusan pelajar dan silibus.

Baru-baru ini keluar kisah hubungan mentua-menantu dan sesama ipar duai.

Kisah ini bermula apabila saya sendiri menceritakan keadaan diri saya setiap kali balik ke rumah mak kandung saya (baca: saya anak yang dari lahir dan tidak tinggal bersama ibu bapa kandung. Saya dipelihara oleh Arwah Aki dan Uwan).

“Akak kan, setiap kali balik rumah mak, akak ini macam tetamu. Bukan tak mahu buat apa-apa kerja tapi kekok. Rasa serba tak kena.”

“Eh, kak! Saya sekarang ini tiap kali balik rumah mak mentua, saya memang buat macam tetamu.

“Dah lama sangat jadi menantu dia kan, saya pilih untuk elakkan saya sakit hati kalau dia komen apa-apa bila saya usik barang di dalam rumah dia. Jadi, lebih baik saya terus tak buat apa,” seorang adik pula membalas.

“Kakak pun sekarang ini kalau balik rumah mentua pun sudah tak berapa nak sangat cakap lebih-lebih.

Maklumlah, adik-adik ipar pun ramai sudah besar, sudah ada keluarga. Cakap pun sudah makin lantang, makin tak jaga, jadi akak pilih untuk tak mahu cakap lebih-lebih.” Sampuk pula seorang kakak.

“Ye lah kan, apa- apa pun kita ni tetap orang luar.” Bak dirancang, ramai yang sepakat komen begini.

Menantu Datang Daripada Keluarga Berbeza

Saya sebetulnya punya pandangan hampir serupa, cuma barangkali rezeki saya lebih baik kerana dikurniakan arwah ibu mentua yang menganggap tiga menantunya sama seperti dia menerima tiga anak baru.

Jadi, sejak awal perkahwinan saya, kami tiada jurang. Kami bergaul baik dan mesra.
Bohonglah kalau saya katakan sepanjang tempoh itu tiada berkecil hati, terguris rasa sesama kami.

Tetapi, kami ambil pendekatan selesaikan dengan cara perbincangan dan saya harus syukuri nikmat dihadirkan kakak-kakak ipar yang mahu menganggap saya sebagai ganti adik mereka yang telah lebih dulu dipanggil pulang ke sisi Allah SWT.

Sungguh, sebaik menerima mesej kakak ipar kedua yang mengatakan saya bukan lagi dianggap sebagai adik ipar tetapi mereka mahu saya terima mereka sebagai kakak kandung, hati saya jadi lapang. Diri terasa bebas dan tenang.

Rata-rata, tidak dinafikan ramai daripada kita masih mempunyai mentaliti “menantu itu adalah orang luar”.

Entah mengapa, saya kurang bersetuju dengan kenyataan itu.

Keluarga Berbeza Tak Bermakna Menantu Orang Luar

Ya, menantu itu datang daripada keluarga berbeza, dibesarkan dengan cara yang tidak sama, mempunyai kebiasaan tidak sekata dengan kebiasaan keluarga kita tetapi berhentilah menganggap mereka bukan sebahagian ahli keluarga kita.

Saya tidak selayaknya memberi hujah panjang lebar tentang perkara ini. Tidak adil barangkali kerana saya tidak teruji dengan keadaan seperti yang sesetengah kita terpaksa harungi, namun saya perlu siapkan diri untuk menghadapi keadaan serupa bila tiba masanya untuk anak-anak saya sendiri berkeluarga.

Semoga saya mampu didik diri untuk berlapang dada menerima lebih dan kurangnya pembawakan diri seorang menantu itu dalam keluarga saya.

Walaupun Keluarga Berbeza, Cuba Sesuaikan Diri

Para menantu juga seeloknya belajarlah sesuaikan diri apabila memasuki alam berumah tangga.

Samalah juga bila kita mahu mentua dan ipar duai menerima banyak perbezaan kita berbanding cara hidup mereka, maka kita juga harus siapkan diri untuk biasakan diri dengan gaya hidup mereka.

Banyakkan toleransi dan cuba amalkan konsep faham-memahami dalam melayari alam rumah tangga. Sedih sebenarnya setelah berumah tangga sekian lama, masih ramai antara kita belum dapat mencari titik sefahaman dalam hubungan mentua- menantu- ipar duai ini.

Kembali kepada Allah, fahami konsep berkeluarga dan berukhuwah. Insya-Allah semuanya akan baik- baik sahaja. Allah pasti akan selalu menjaga kita terutamanya apabila kita tidak jemu meminta.

Ezatul Marini Mohd Ghazali
Acik Bawang Bu Guru
Penulis BLUR/ CLEAR/ MRS.PAPA/ BERANI BERHIJRAH
Tanjong Malim Perak

Sumber: Acik Bawang Network

Menantu Datang Daripada Keluarga Berbeza, Tetapi Janganlah Anggap Mereka Orang Luar. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here