Home All Keluarga Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak...

Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!

2030
0
Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal!

Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal! | Ya, memikat isteri orang adalah merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara atau denda dan boleh didakwa di mahkamah di atas kesalahan melarikan isteri orang atau seumpamanya.

Jenis kesalahan memikat isteri orang ini agak jarang kita dengar dan ia sangat rare dan jarang berlaku. Kes terbaru berkaitan dengan seorang artis Malaysia yang telah didakwa di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana melarikan isteri orang.

Jadi, kepada suami atau mana-mana lelaki yang berniat untuk memikat isteri orang, lebih baik lupakan saja kerana kesalahan ini merupakan kesalahan jenayah dan boleh dipenjarakan.

memikat isteri orang

BACA JUGA: Punca Utama Wanita Curang, Suami Jangan Ego Fahami Mengapa Rumahtangga Bermasalah

Memikat Isteri Orang Boleh Dihukum Penjara

Berikut penjelasan terperinci tentang undang-undang lelaki tidak boleh mengorat dan bawa lari isteri orang. Apa elemennya? Kalau lelaki bercinta secara whatsapp dengan isteri orang tetapi tak dilarikan, boleh sabit kesalahan atau tidak?

Seksyen 498 memperuntukkan sekiranya seorang lelaki memikat ATAU membawa pergi ATAU menahan isteri orang dengan niat jenayah.

Jadi secara mudahnya, maksudnya tak boleh memikat isteri orang atau bawa lari dengan niat jahat, tetapi macam mana sekiranya seorang lelaki mendapati si isteri didera suami dan bantu si isteri lari dari rumah untuk bawa ke rumah perlindungan wanita.

Jangan ambil risiko kerana suaminya boleh buat laporan dan ‘twist’ cerita. Anda mintalah bantuan wanita lain seperti ahli keluarga atau rakan-rakan. Kalau masih anda hendak teman, buat cover report polis sebelum membantu.

Mana-mana lelaki yang memikat, mengorat dan bawa lari dengan niat untuk meniduri wanita tersebut atau bagi dibawa bagi pihak orang lain dengan niat jenayah akan melalui proses siasatan jenayah dan boleh di dakwa.

Si pelaku akan dipanggil ke balai, perlu bagi keterangan, boleh dituduhkan di mahkamah dan melalui prosiding mahkamah, tidak kiralah sama ada mengaku bersalah atau meneruskan dengan perbicaraan. Renyah dan panjang prosesnya.

Ini saya petik salah satu bacaan pertuduhan di mahkamah melalui jurnal undang-undang, berdasarkan kes yang pernah berlaku. Nama bukan nama sebenar:-

Bahawa kamu pada 6 Mac 2014 di Hotel Leo Express, 59-65, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah pergi memikat Aminah Binti Ali (No. K/P: 12345678) yang kamu ketahui merupakan isteri kepada Abu Bin Hassan (No. K/P: 12345678)

Dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan kamu, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Hukuman:

Sabit kesalahan kamu boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Dalam kes di atas ini, memandangkan si pelaku telah membawa isteri orang ini sebanyak tiga kali, maka dia didakwa dan pertuduhan dibacakan sebanyak 3 kali mengikut tarikh-tarikh kesalahan berbeza. Ini bermakna hukumannya lebih berat berbanding jika satu pertuduhan.

Saya semak dalam jurnal undang-undang, laporan kes di bawah Seksyen ini bermula sejak dari tahun 1930 an lagi. Lebih banyak kes sebelum merdeka bagi kesalahan ini. Sekarang bukan selalu boleh dengar. Ada tetapi bukan selalu.

Mungkin juga kerana sebelum merdeka dahulu, perkahwinan telah diaturkan keluarga. Cinta atau tidak belakang kira. Perkahwinan pula waktu benar-benar muda, masih tidak reti membuat pilihan. Itulah agaknya punca membawa lari isteri orang, sebab setelah masing-masing berkahwin bercinta pula dengan yang lain.

Walaupun zaman telah lama berlalu, tetapi kes begini ada tetapi bukanlah selalu. Kadangkala kes begini, suami pun serba salah dan jadi malu hendak buat laporan polis kerana isu keluarga dan sangat mendatangkan aib.

Tambah pula, bila jika diteruskan perbicaraan di mahkamah, suami sebagai pengadu perlu jadi saksi. Soalan yang ditanya oleh pendakwaraya dan peguam, pasti akan membuka hal-hal rumahtangga dan aib masing-masing.

Sebab itu, banyak kes tidak diteruskan. Malu oi! Tambah pula jika isteri sendiri yang mengikuti lelaki lain, tamparan yang hebat kepada suami.

Di Malaysia kalau lelaki mengorat isteri orang, lelaki tersebut boleh disabitkan kesalahan. Macam mana pula, perempuan yang goda suami orang? Sama atau tidak?

Malangnya ladies, sekiranya ada wanita yang memikat suami kalian dan bawa lari, tidak ada peruntukan undang-undang jenayah yang boleh digunakan untuk mendakwa perempuan itu.

Cumanya, kena rujuk pula kepada bidang kuasa syariah, wanita ketiga yang merosakkan rumah tangga orang boleh diambil tindakan tetapi, payah sebenarnya beban pembuktian, tak sama dengan Seksyen 498 KK.

Kalau tidak ada undang-undang pun, merosakkan rumah tangga orang memang perbuatan yang kejam. Kasihan pasangan atau anak-anak, tekanan terhadap mereka berdepan situasi.

Hukum Jatuh Cinta Pada Isteri Orang Dan Memikat Isteri Orang

Macamana pulak kalau dah jatuh cinta pada isteri orang? Sebenarnya, ia tidak berdosa tetapi jika seseorang lelaki itu bertindak untuk bercinta dengan wanita berkenaan, ia jatuh HARAM. Dengarkan penjelasan daripada Dr Maza.

Jadi, mulai sekarang semua lelaki wajib hentikan niat untuk memikat isteri orang kerana perbuatan tersebut jelas dan terang adalah kesalahan jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara dan denda, itu belum termasuk malu jika diketahui satu keturunan.

Semoga perkongsian dari Puan Nor Zabetha yang menerangkan tentang hukuman penjara dan denda boleh dijatuhkan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan jenayah iaitu lelaki yang memikat isteri orang dapat menyedarkan orang ramai terutamanya kaum lelaki.

Memikat Isteri Orang Adalah Kesalahan Jenayah Boleh Dihukum Penjara, Jangan Cuba-Cuba Nak Skandal! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here