Home All Isu Semasa Untuk Memberi Makan Dan Merawat Haiwan Jalanan, Pensyarah Ini Gunakan 80% Dari...

Untuk Memberi Makan Dan Merawat Haiwan Jalanan, Pensyarah Ini Gunakan 80% Dari Gajinya!

1217
1
haiwan

Untuk Memberi Makan Dan Merawat Haiwan Jalanan, Pensyarah Ini Gunakan 80% Dari Gajinya! | Sikap belas ihsan merupakan sikap terpuji yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Sikap ini bukan sahaja boleh dilakukan kepada manusia, malah untuk haiwan juga.

Sikap ihsan yang ditunjukkan oleh pensyarah dari Sabah ini wajar dicontohi oleh ramai orang apabila beliau menggunakan 80% daripada gajinya untuk membantu haiwan-haiwan jalan seperti anjing dan kucing.

haiwanSUMBER: SIN CHEW DAILY

Pensyarah yang bernama Dr. Roslee Abas ini sanggup untuk membantu mana-mana haiwan liar yang beliau jumpa di sekitar Kota Kinabalu.  Walaupun beragama Islam, beliau tidak kisah untuk membantu pelbagai jenis haiwan jalanan, termasuklah anjing dan babi. Jika haiwan-haiwan tersebut memang memerlukan bantuan atau tercedera, beliau tidak akan teragak-agak untuk memberikan bantuan.

Dilahirkan di Sandakan tetapi kini menetap di Kota Kinabalu, bekas pensyarah universiti Sabah ini telah mengasaskan pertubuhan sendiri untuk membantu haiwan jalanan yang diberi nama HEART: Helping Rescue Team.

haiwanSUMBER: FACEBOOK HEART

Rutin Harian Bermula Dengan Penjagaan Haiwan Jalanan

Rutin harian beliau bermula awal pagi hingga lewat petang selama 6 hari seminggu. Beliau juga menjaga kucing liar yang terdapat di rumahnya sendiri disamping membantu haiwan liar lain yang beliau jumpa di kawasan sekitar Kota Kinabalu. Beliau juga sering memberi kucing dan anjing liar makan bermula pukul 9 malam sehingga 4 pagi.

Walau bagaimanapun, untuk menjalankan operasi sebegini tidak begitu murah, jadi jika anda berminat untuk membuat sedikit sumbangan, boleh lawati laman Facebook beliau untuk maklumat lanjut.

Diharapkan dengan perkongsian ini, ramai lagi orang di luar sana akan mengikuti jejak langkah seperti Dr. Roslee Abas ini.

Untuk Memberi Makan Dan Merawat Haiwan Jalanan, Pensyarah Ini Gunakan 80% Dari Gajinya! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here