Home All Dunia Islam Akibat Membela Nasib Etnik Islam Uighur, Penyokong Mesut Ozil Bertindak Buang &...

Akibat Membela Nasib Etnik Islam Uighur, Penyokong Mesut Ozil Bertindak Buang & Bakar Jersi Ozil

3983
3
Islam Uighur

Rasanya semua tahu yang baru-baru ini, pemain bola pasukan Arsenal, Mesut Ozil telah mengutuk Kerajaan China kerana telah menindas etnik Islam Uighur dan kesan dari itu, Kerajaan China telah menarik semua tayangan siaran langsung perlawanan yang melibatkan pasukan Arsenal di kaca TV.

Sekarang, penyokong Arsenal di China pula menunjukkan protes kepada Ozil kerana mengutuk kerajaan mereka yang menindas etnik Islam Uighur dengan membakar jersi dan semua merchandise yang berkait dengan Ozil dan video keadaan ini dimuat naik dan tersebar di laman sosial.

Membela Nasib Etnik Islam Uighur

Islam Uighur

Ozil sememangnya merupakan seorang pemain yang beragama Islam, dan ini sememangnya akan menaikkan kemarahan mereka di China. Penyokong Arsenal di China turut menyerang akaun Instagram milik Ozil dengan cacian dan kecaman.

 Penyokong Arsenal di China sangat kecewa dengan apa yang diungkapkan Ozil yang pernah menjadi pemain kesayangan kami. Jika anda (Ozil) cuba menyerang China, kami tidak akan berdiam diri. Sebagai penyokong bola sepak dari China, saya sangat kecewa. Kenapa anda tidak fokus kepada bola sepak sahaja? Sebagai seorang pemain yang terkenal, anda sepatutnya tahu apa yang boleh anda katakan. – Antara komen penyokong kepada Ozil.


Jadi bagaimana pula dengan kita?

Akibat Membela Nasib Etnik Islam Uighur, Penyokong Mesut Ozil Bertindak Buang & Bakar Jersi Ozil 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here