Home All Isu Semasa Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang...

Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain

3084
0
medan selera

Jika anda pernah berkunjung ke Seksyen 2, Shah Alam sudah pasti anda pernah singgah ke medan selera atau food court di sana yang dipenuhi dengan gerai-gerai yang menyediakan pelbagai juadah menarik.

Antara tarikan terbesar di medan selera yang merupakan tempat perniagaan orang melayu ini sudah pastinya gerai-gerai ABC yang menjadi kegemaran pengunjung di sana. Jika di waktu tengahari atau petang, gerai-gerai minuman ini pasti akan dikerumuni orang ramai terutamanya golongan pelajar.

medan seleraFOTO: SOALAN31 BLOGSPOT

Datang untuk menikmati ABC itu tidak ada masalah, tetapi jika datang untuk berbual bersama kawan-kawan sehingga berjam-berjam itu mungkin sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Seperti yang dikongsikan salah seorang peniaga di sana apabila kesemua kerusi dan meja di medan selera itu dipenuhi dengan geng-geng multi level marketing atau lebih dikenali sebagai MLM.

Memburukkan lagi keadaan, menurut Mohd Aidil mereka ini bukan saja menghabiskan masa berjam-berjam berbincang tentang skim piramid itu tetapi kebanyakannya hanya memesan satu gelas minuman sahaja untuk setiap meja.

“Bila tanya produk apa korang senyap, tanya mana leader korang senyap.

“Terjerit jerit BOLEH BOLEH,” luahnya di Facebook.

Dalam kiriman tersebut dia turut berpesan agar mereka-mereka yang melakukan perjumpaan untuk membincangkan perkara seperti MLM ini tidak menyusahkan peniaga-peniaga yang mencari rezeki halal dengan perniagaan kecil mereka.

“24 meja 144 kerusi korang penuhkan. Minum tak mahu, makan tak mahu.

“Kamu memang menjana pendapatan sendiri tetapi (pada masa sama) melingkupkan periuk nasi orang lain.

Dia yang mendoakan kejayaan anak-anak muda yang kebanyakannya berusia 20-an itu bagaimanapun sempat berpesan agar mereka tidak membazirkan masa yang ada dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Malah, netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga mempersoalkan tindakan itu yang mengganggu pengunjung lain yang datang untuk menjamu selera.

Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain 1 Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain 2

Tetapi perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru menurut salah seorang netizen yang meninggalkan komen di ruangan tersebut.

Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain 3 Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain 4

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah patut medan selera ini dijadikan tempat perbincangan yang mengambil masa berjam-jam atau mereka seharusnya menggunakan tempat yang lebih sesuai seperti dewan seminar dan sebagainya?

Medan Selera Diserang Geng MLM, Peniaga Ini Pesan Jangan Lingkupkan Perniagaan Orang Lain 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here