Home All Isu Semasa Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP

559
0
Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP |Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak hampir sebulan yang lalu nyata memberi kesan kepada golongan peniaga terutama komuniti peniaga makanan dan penjaja.

Menyedari perkara itu, pihak Maybank baru-baru ini tampil memperkenalkan platform penghantaran makanan baru mereka yang dikenali sebagai Sama-Sama Lokal.

Platform tersebut membolehkan peniaga untuk menyenaraikan kedai makan dan restoran bagi membantu mereka mengharungi waktu yang sukar dalam menjalankan perniagaan ketika ini.

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP

Bukan saja ditawarkan di seluruh negara, malah mereka turut memperkenalkan khidmat penghantaran secara percuma oleh Maybank di kawasan terpilih jika lokasi restoran dan pelanggan tidak melebihi 10KM.

BACA: Ibu Gigih Jual Jeruk Mangga “Online”, Talian Hayat Keluarga Tampung Anak Sakit Paru-Paru Kronik

Melalui semakan yang dibuat pihak kami, untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terdapat hampir 60 restoran yang sudah pun berdaftar dan menawarkan perkhidmatan mereka bersama platform tersebut.

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP

Pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan kemudiannya akan dibawa ke satu halaman yang menunjukkan menu ditawarkan restoran tersebut dan hanya perlu membuat pesanan melalui nombor Whatsapp yang telah disediakan.

Kami juga mendapati beraneka juadah seperti makanan Melayu, India dan hidangan western telah tersedia untuk dipesan di platform tersebut.

Alternatif Penghantaran Makanan

Peniaga atau orang ramai yang ingin menyenaraikan perniagaan mereka juga boleh berbuat demikian dengan mendaftar di ruangan yang telah disediakan oleh pihak Maybank di laman sesawang mereka.

Dengan PKP fasa ketiga bakal bermula esok dan kedatangan bulan ramadan tidak lama lagi, satu lagi khidmat penghantaran makanan selain daripada yang sudah tersedia seperti Grab Food dan Foodpanda pastinya akan memberikan lebih pilihan buat pengguna.

Bukan itu saja, peniaga yang terjejas pendapatan mereka sebelum ini juga kini mempunyai satu lagi platform untuk meneruskan perniagaan mereka dalam situasi PKP dan COVID-19 yang sedang melanda negara kita ketika ini.

Baca Selanjutnya

Maybank Perkenal Platform Penghantaran Makanan Bantu Peniaga Terjejas PKP 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here