Home All Isu Semasa Rakyat Malaysia Pemurah, Masjid Terbengkalai Di Jepun Berjaya Diselamatkan

Rakyat Malaysia Pemurah, Masjid Terbengkalai Di Jepun Berjaya Diselamatkan

1271
0
Rakyat Malaysia Pemurah, Masjid Terbengkalai Di Jepun Berjaya Diselamatkan

Rakyat Malaysia Pemurah, Masjid Terbengkalai Di Jepun Berjaya Diselamatkan | Hanya dalam tempoh lapan hari, Masjid Kyoto di Jepun yang terbengkalai sebelum ini berjaya diselamatkan hasil bantuan umat Islam di Malaysia yang menyumbang lebih RM2 juta.

Menurut Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan, beliau melakukan sujud syukur apabila hasil sumbangan tersebut dapat menampung kos pembelian bangunan masjid terbengkalai itu selepas mengalami masalah dana yang didedahkan pihaknya.

BACA: Masjid Nabawi Dibuka Semula, Foto-Foto Jemaah & Azan Subuh Berkumandang Syahdu masjid terbengkalai

Alhamdulillah! Sujud syukur semua.

Posted by Muslim Care Japan on Friday, June 19, 2020

“Ketika itu (14 Jun lalu) masa kian suntuk apabila penduduk Islam di sana hanya mempunyai masa sehingga 25 Jun ini bagi mengumpul baki bayaran sebanyak RM2.73 juta untuk melunaskan kos pembelian bangunan masjid terbengkalai pertama di wilayah itu,” katanya.

Beliau dan pasukan Muslim Care Malaysia bersyukur Allah SWT menggerakkan hati dermawan rakyat Malaysia untuk menyumbang selain gigih melakukan kempen bagi mengumpul dana untuk tersebut dalam tempoh yang singkat.

BismillahAlhamdulillahTamatlah meeting tergempar kami , Ahli jawatankuasa pembinaan kyoto masjid. Saya sebagai ketua…

Posted by Zulkarnain Hasan Basri on Friday, June 19, 2020

Tambah beliau, dana deposit sebanyak 5.5 juta Yen (RM214,200) akan hilang sekiranya baki sebanyak 68.5 juta Yen (RM 2.73 juta) gagal diselesaikan sebelum 25 Jun (hari ini).

Kos keseluruhan pembelian masjid di bumi matahari terbit itu membabitkan anggaran keseluruhan sebanyak 76.7 juta Yen (RM3.05 juta).

BismillahInside the new masjid. (Not yet renovated)

Posted by Kyoto Muslim Community on Thursday, June 18, 2020

Sumber : Harian Metro , Zulkarnain Hasan Basri , Muslim Care Japan , Kyoto Muslim Community

Rakyat Malaysia Pemurah, Masjid Terbengkalai Di Jepun Berjaya Diselamatkan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here