Masjid Sultan Singapura Sediakan Tempat Khas Buat Gelandangan Rehat Dan Tidur

0
215
masjid

Walaupun Singapura berjaya menjadi antara negara terkaya di dunia, tetapi lebih 1,000 orang gelandangan tidur di jalanan. Kebanyakkan mereka adalah orang tua dengan 31 peratus daripadanya berkata mereka kehilangan tempat tinggal sejak enam tahun yang lalu.

Antara punca mengapa mereka memilih untuk tidur di jalanan adalah kerana gaji yang rendah, tidak mempunyai rumah dan mempunyai masalah dengan keluarga.

Sebagai sebuah pusat agama dan masjid tertua yang berusia hampir 200 tahun. Masjid Sultan mempunyai satu rasa tanggungajawab bagi isu gelandangan yang kian meningkat.

Masjid Sultan Singapura Sediakan Tempat Khas Buat Gelandangan Rehat Dan Tidur 1

Masjid Sultan terpanggil untuk menyediakan satu ruang khas di kawasan perkarangan masjid bagi golongan ini sementara mereka mencari tempat berteduh.

Ini bagi memberi peluang kepada gelandangan untuk rehat dan tidur di antara jam 10.00 malam sehingga 7.00 pagi keesokan harinya.

Inisiatif Kerjasama Masjid Dan Kerajaan

Inisiatif ini hadir dalam beberapa usaha kerjasama di antara Masjid Sultan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Selain Masjid Sultan, tempat keagamaan yang lain sudah turut membuka pintu mereka kepada golongan gelandangan bagi memberi mereka tempat perlindungan.
Masjid Sultan Singapura Sediakan Tempat Khas Buat Gelandangan Rehat Dan Tidur 2

Idea ini sepatutnya menjadi contoh buat ahli agama di Malaysia dalam menangani isu gelandangan di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar di Malaysia.

Semoga usaha ini mendapat manfaat dan menjadi pencetus kepada masjid di sekitar Malaysia untuk turut ikut serta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here