Home All Isu Semasa Masih Berkumpul Walaupun Dilarang, Netizen Kongsi Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia

Masih Berkumpul Walaupun Dilarang, Netizen Kongsi Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia

2165
0
berkumpul

Sepanjang tempoh arahan kawalan pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berkumpul secara berkumpulan di sesuatu tempat seperti restoran dan kedai-kedai makan bagi mengelakkan risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Bagaimanapun, seperti tidak endah dan tidak peka dengan larangan yang telah dikeluarkan, masih terdapat sebahagian daripada orang kita yang berkumpul di premis-premis ini seperti yang dikongsikan netizen di laman-laman media sosial hari ini.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Jefri Chua, beliau memaklumkan masih terdapat sekelompok pengguna yang berada di kedai makan seperti biasa di Kuala Terengganu.

berkumpul

“Kedai makan di Pasar Payang pun sama saja […].

“Apa guna arahan kerajaan kalau masih ada segelintir pemilik yg degil.[…]

“Diharap semua rakyat Malaysia berkerjasama demi masa depan kita,” kongsi beliau di Facebook.

Masyarakat Yang Bersikap Tidak Peduli Dan Degil Masih Berkumpul Di Kedai Makan

Selain di Terengganu, ada juga pengguna yang melaporkan penjaja di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang masih menjalankan perniagaan seperti biasa dan dikerumuni pengunjung seperti biasa.

Rakaman video yang dikongsikan pengguna @mkhairulazri itu menunjukkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan menggunakan pembesar suara agar gerai-gerai tersebut ditutup dengan segera.

Video itu bagaimanapun dipercayai dirakam di Teluk Bunut, Banting seperti dikongsikan salah seorang pengguna Twitter di ruangan reply kiriman tersebut.

Walaupun larangan kawalan pergerakan membolehkan kedai-kedai makan ini dibuka, namun ianya tidak digalakkan untuk mereka terus menikmati hidangan mereka di kedai-kedai makan ini.

Malah beberapa restoran juga telah mengambil pendekatan untuk hanya menyediakan perkhidmatan take away dan tidak menyediakan tempat duduk untuk pengguna mereka makan di premis.

Antara yang telah mengambil pendekatan berjaga-jaga demi memastikan keselamatan ini adalah beberapa restoran makanan segera seperti KFC dan Burger King.

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh netizen di Twitter pada semalam, KFC dikatakan telah membuat garisan serta menunjukkan demonstrasi kepada pelanggan mereka untuk beratur ketika membuat pesanan di premis mereka.

Langkah itu juga dilakukan oleh restoran Burger King yang turut menyediakan garisan bagi memastikan jarak selamat antara pengguna mereka ketika membuat pesanan.

Bukan sahaja restoran-restoran makanan segera yang mengambil pendekatan untuk mengelakkan pelanggan mereka daripada berkumpul di premis, restoran mamak juga menurut netizen turut mengikut arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Melalui perkongsian yang dibuat netizen, restoran-restoran ini dilihat sudah bersiap sedia untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan dengan ada antara mereka yang sudah pun menyiapkan banner bagi memaklumkan situasi semasa operasi mereka kepada pengguna sempena tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Sudah pasti jika semua pihak mengambil berat dan peka dengan arahan yang telah dikeluarkan kerajaan dan tidak berkumpul di kawasan sesak, penularan wabak COVID-19 ini sudah pasti dapat dibendung.

Apa yang penting buat masa sekarang adalah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk mengikuti segala saranan dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Masih Berkumpul Walaupun Dilarang, Netizen Kongsi Sikap Tidak Bertanggungjawab Rakyat Malaysia 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here