Home All Isu Semasa Mana Yang Terlepas Balik Kampung, Tunggu Masa Balik Nanti – Ismail Sabri

Mana Yang Terlepas Balik Kampung, Tunggu Masa Balik Nanti – Ismail Sabri

6734
0
Mana Yang Terlepas Balik Kampung, Tunggu Masa Balik Nanti – Ismail Sabri

Mana Yang Terlepas Balik Kampung, Tunggu Masa Balik Nanti – Ismail Sabri | Kerajaan mengingatkan rakyat yang sudah terlepas sekatan jalan raya untuk perlu ke kampung agar berdepan dengan risiko untuk kembali semula ke ibu kota kelak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlepas itu mungkin boleh berseronok ketika ini.

Namun tegas beliau, tiada jaminan mereka tidak akan ditahan dalam sekatan jalan raya ketika pulang semula ke tempat bekerja.

BACA: Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama

Tidak akan terlepas pulang KL

“Bagi yang sudah pulang ke kampung dan terlepas sekatan seronoklah mereka tetapi lepas sekatan jalan raya balik tidak bermakna tidak akan terlepas pulang ke Kuala Lumpur nanti.

“Mungkin mereka seronok terlepas selepas beri pelbagai alasan dan diterima pihak polis. Tetapi mereka perlu hadapi masa balik dan tidak ada jaminan lepas masa balik ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas terdapat rakyat yang terlepas pulang ke kampung dan apakah kelonggaran perlu diberi kepada golongan dengan syarat standard prosuder operasi (SOP) yang ketat.

Mengulas lanjut, Ismail menambah, hasil kajian Majlis Keselamatan Negara, majoriti rakyat mahu SOP yang lebih diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Malah jelas beliau, dirinya menerima banyak khidmatan pesanan ringkas bertanya kenapa banyak SOP yang dilonggarkan ketika ini.

“Macam SOP maksimum tetamu seramai 20 orang pada Hari Raya Pertama pada keluasan rumah untuk penjarakan sosial. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang kata kerajaan tidak boleh kelonggaran itu.

“Jadi kalau banyak lagi yang kita hendak longgarkan, kita menghadapi masalah kerana tujuan kita sekat (pulang) untuk elak virus C0vid-19 di kampung.

“Kita cuba jangan kita yang balik ini sebar virus itu. Sekarang ini sudah cantik kes baharu bawah 100 dan kita harap terus kekal dan paling rendah 16 kes. Kalau sampai hujung kurang dua angka kes, Kementerian Kesihatan akan buat keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

balik kampung

Kenderaan yang cuba ‘curi-curi’ balik kampung meningkat lebih sekali ganda

SEMENTARA itu, Jumlah kenderaan yang cuba ‘curi-curi’ balik kampung dengan merentas negeri meningkat lebih sekali ganda iaitu daripada 508 kenderaan kepada 1,248 kenderaan pada Sabtu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua yang berusaha merentas negeri itu bagaimanapun telah diarahkan berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kelmarin 508 kenderaan telah diarah patah balik kelmarin, untuk semalam (Sabtu) pula 1,248 kenderaan cuba rentas negeri untuk ke balik kampung telah diarah berpatah balik.

“Maknanya lebih sekali ganda rakyat yang cuba untuk cuba ‘curi-curi’ balik kampung dengan pelbagai alasan dan masih nak balik kampung,” katanya dalam sidang media, di sini pada Ahad.

Lupakan hasrat rentas negeri untuk balik kampung

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan mana-mana pihak yang masih menyimpan niat untuk merentas negeri agar melupakan hasrat berkenaan.

“Jadi saya harap tak perlu balik (kampung) kerana apa yang kita tahu mereka ini setelah bersiap sedia selepas sahur terus nak balik kampung bawa anak isteri, kemudian apabila sekatan jalan raya, mereka kena berpatah balik. Ketika ini, PDRM masih bertindak menyuruh berpatah balik, jangan nanti kalaiu polis kompaun RM1,000, yang rugi kita,” tegas beliau.

Mengulas mengenai mereka yang sudah ‘terlepas’ dan berjaya merentas negeri pula, Ismail Sabri berkata, tiada jaminan individu berkenaan boleh melepasi sekatan jalan raya untuk pulang semula tempat asal.

“Bagi mereka yang terlepas daripada sekatan, seronoklah mereka. Namun, saya ingin mengingatkan mereka, selepas sekatan jalan raya balik nanti, tidak bermakna mereka boleh terlepas balik ke ibu negara.

“Mungkin mereka beri alasan dan lepas dengan polis. Namun balik nanti belum tentu mereka terlepas dan tiada jaminan mereka boleh terlepas pulang nanti untuk ke tempat kerja semula,” ujarnya.

COVID-19: Tindakan rentas negeri boleh tingkatkan kluster – KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan perkara itu dalam sidang media di Putrajaya pada Ahad. – Gambar fail/BERNAMA

DALAM pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat agar terus patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya khuatir dengan tindakan sesetengah rakyat yang berdegil mahu balik kampung malah cuba merentas negeri boleh membawa kepada peningkatan kluster C0VID-19 di negara ini.

“Kalau SOP tidak dipatuhi, kita mungkin jalankan penguatkuasaan. Tindakan semua agensi kerajaan menguatkuasakan kepatuhan SOP, perkara ini merisaukan dan membimbangkan KKM.

“KKM merayu setiap individu masyarakat agar patuh, pastikan SOP tersebut. Ini adalah untuk melindungi daripada jangkitan. Apa yang pasti kalau kita dapat jarakkan, kita tidak dijangkiti dan sentiasa sanitasi tangan dan pakai topeng menutup hidung dan mulut.

“Ini saranan KKM, penguatkuasaan kita bincangkan bersama dengan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya pada sidang media harian di sini pada Ahad.

Ujarnya, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan bahawa masih ada rakyat yang enggan mematuhi peraturan ditetapkan.

“KKM menghargai usaha tindakan penguatkuasaan PDRM memastikan kepatuhan masyarakat PKPB ini terus tinggi. Ini penting orang ramai tidak salah gunakan kelonggaran yang telah diberikan kerajaan.

“Sebanyak 971 kes positif COVID-19 mempunyai sejarah merentas negeri, iaitu sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan juga adalah berkaitan dengan aktviti rentas negeri. Sehingga kini, 10 kluster tersebut masih aktif,” tegas Dr Noor Hisham.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam satu sidang media harian memaklumkan, sebanyak 1,248 kenderaan diarahkan berpatah balik selepas didapati cuba melakukan rentas negeri meskipun tidak mendapat kebenaran.

Jumlah mereka yang membuat percubaan balik kamping itu bertambah setiap hari, membuktikan masih ada rakyat yang enggan mengikut arahan dikeluarkan kerajaan meskipun ketika PKPB dilaksanakan.

Sumber: MalaysiaGazetteAwani

Mana Yang Terlepas Balik Kampung, Tunggu Masa Balik Nanti – Ismail Sabri 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here