Home All Isu Semasa COVID-19, Malaysia Tak Mungkin Akan Ikut Jejak Singapura, Ini Sebabnya

COVID-19, Malaysia Tak Mungkin Akan Ikut Jejak Singapura, Ini Sebabnya

9041
0
COVID-19, Malaysia Tak Mungkin Akan Ikut Jejak Singapura, Ini Sebabnya

“Malaysia tak mungkin akan mengikut jejak Singapura.” Sejak operasi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) dilakukan, Malaysia mencatatkan peningkatan pada kes positif COVID-19.

Gusar sekiranya akan membawa kepada Singapura sekarang, seorang pakar kesihatan awam memberitahu Malaysia tak mungkin akan mengikut jejak Singapura di atas beberapa sebab ini.

Asrama komuniti pendatang asing di Singapura terletak dalam sempadan bandar

Dr Rafdzah Ahmad Zaki, seorang pakar kesihatan awam dari Universiti Malaya menjelaskan, pekerja asing di Singapura mempunyai kontak yang lebih besar dengan masyarakat umum kerana lokasi asrama berada dalam sempadan bandar, berbeza dengan Malaysia yang mana pusat imigresen jauh dari pusat bandar dan tahanan hampir tiada kontak dengan komuniti lain.

Singapura pada awalnya melaporakan 1,000 kes pada 1 April dengan 10 jangkitan melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Dua minggu kemudian, kes meningkat empat kali ganda dengan 4,427 kes dan lebih kurang 60% daripadanya melibatkan pekerja asing yang tinggal dalam kuarters sempit.

BACA: Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

Menurut Dr Noor Hisham, tempat sempit menjadi punca wabak berkenaan mudah menjangkiti orang lain selain daripada tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran tempat tinggal.

Singapura

Di Malaysia kebimbangan utama adalah peningkatan kes dalam kalangan pekerja binaan asing susulan daripada kebebasan mereka untuk bergerak.

Bermula 6 Jun, kerajaan Malaysia akan mula menghantar pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang negatif COVID-19 melalui jalan laut dan udara selepas mencapai persetujuaan dengan kedutaan Indonesia pada 28 Mei lalu.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

COVID-19, Malaysia Tak Mungkin Akan Ikut Jejak Singapura, Ini Sebabnya 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here