“Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi RM10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank”, Fahami Qadar Allah, Dia Tak Menjadikan Sesuatu Itu Sia-Sia

Setiap ciptaan Allah swt itu indah dan sudah tersusun ikatan kimianya agar kita selalu sedar akan nikmat dan sentiasa bersyukur padanya.

Akan semua ciptaan Allah itu ada sebab sebabnya. dan Begitulah kitaran alam yang Allah dah susun. Perhatikanlah pada sekeliling kita bagaimana ais itu boleh (molekul ais) tersusn cantik begitu, dan bagaimana burung boleh terbang, cacing bergerak tanpa kaki, bagaimana Allah menjadikan gunung itu menjadi pasak kepada bumi ini (lihat surah Ar-Rahman).

Allah Maha Berkuasa yang menjadikan semua ini. Allah boleh menghidupkan dan mematikan dan tidak mustahil Allah boleh menjadikan dunia ini kiamat.

Telah disebutkan di dalam Al-Quran yang mulia bahawa Allah menjadikan alam ini sebagai kitab yang terbuka kerana Allah berfirman bahawa apa yang Allah telah janjikan itu benar, malaikat itu benar, hari akhirat itu benar, rasul-rasul itu benar, Al-Quran itu benar.

rezeki Allah berikan, setiap kejadian bersebab, tidak semua orang boleh kaya, tidak semua orang miskin, kaya miskin tidak selamanya, rezeki Allah luas, rezeki Allah pelbagai bentuk

Perkongsian kali ini apabila diamati dan dibaca berulang kali pasti menyentuh hati kita sebagai khalifah dimuka bumi ini yang sentiasa merenung nasib dan takdir Allah swt tentukan.

Segala yang terjadi itu pasti ada hikmahnya, bacalah cerita dibawah ini semoga dapat dijadikan pengajaran dan memahami hakikat alam yang diberikan Allah swt ini.

Ucapkan lah Subhanallah – kerana sesunguhnya Allah itu Maha Suci dan segala segala ciptaan Alam ini milik Allah dan Semuanya akan kembali kepadanya Kelak.

Ucapkanlah Alhamdulillah – kerana semuanya yang Allah swt cipta ini adalah unutk manusia, suapa kita sentiasa bersyukur akan segala kemudahan yang Allah kurniakan ini dan supaya kita berfikir.

Ucapkanlah AllahhuAkhbar – kerana semuanya ini Allah ciptakan dengan sifatnya Maha Besar.

“Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam Allah bagi RM 10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.”

Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada
rm10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah

Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.

Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call 012-5235574 untuk sewa kereta. “Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan.”

Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan. Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.

Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin Atm juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.

rezeki Allah berikan, setiap kejadian bersebab, tidak semua orang boleh kaya, tidak semua orang miskin, kaya miskin tidak selamanya, rezeki Allah luas, rezeki Allah pelbagai bentukKita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.

Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangla juga sudah jadi jutawan.

Kite melangkah masuk ke kedai 24 jam, 7 eleven. Buat kali pertama kedai 7 eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan. Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.

Jadi, bagaimana dengan kita? Kesimpulannya, Allah dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.

Kepada mereka yang Allah berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini. Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin Allah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *