‘Malaikat Maut’ Turun Padang Untuk Lawan Sikap Degil Rakyat AS Yang Tidak Mahu Kuarantin | Amerika Syarikat menjadi negara paling terkesan dengan penyebaran wabak COVID-19 di dunia. Namun, sikap degil dan angkuh rakyat mereka dapat dilihat melalui protes yang dilakukan baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, rakyat AS dilaporkan telah bersiap untuk menyerbu pantai di Florida yang akan dibuka lebih awal walaupun wabak ini tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan di sana.
Melihat situasi degil rakyat AS, seorang peguam bernama Daniel Uhlfelder mempunyai cara tersendiri untuk memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyerbu pantai selagi mana keadaan COVID-19 di sana masih di tahap merbahaya.
BACA: 3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika Syarikat
Many of you have asked if I am willing to travel around Florida wearing Grim Reaper attire to the beaches and other areas of the state opening up prematurely. The answer is absolutely yes. Beginning May 1 we will hit the road here in state. Please retweet and spread the word. pic.twitter.com/UO7QKg161n
— Daniel Uhlfelder (@DWUhlfelderLaw) April 22, 2020
Kostum Malaikat Maut Amaran Bahaya Covid-19
Dia merancang untuk menjelajah pantai di sekitar Florida mulai 1 Mei ini untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahayanya berkumpul beramai-ramai.
Namun apa yang unik kali ini adalah dia tidak akan memakai seluar pendek seperti orang yang mahu ke pantai. Tetapi dia akan memakai kostum grim reaper atau malaikat maut.
“Ramai di antara anda yang bertanya apakah saya bersedia mengelilingi Florida dengan mengenakan pakaian Grim Reaper di pantai dan beberapa kawasan yang dibuka terlalu awal. Jadi jawapannya adalah ya,” tulis Daniel di Twitternya.
Bayangkan jika anda bercuti di tengah-tengah situasi wabak COVID-19 dan lalu muncul malaikat maut, apa yang akan dilakukan oleh anda? Tidak peduli atau lari?
Setakat hari ini, Amerika Syarikat melaporkan 842,624 orang yang dijangkiti wabak COVID-19. Manakala lebih daripada 40,000 orang meninggal dunia, ini menjadikan AS sebagai negara paling terkesan akibat wabak ini.

[…] saja bergelut dengan bilangan kes yang meningkat setiap hari dan perangai rakyatnya yang degil, tetapi petugas kesihatan mereka juga dikatakan mempunyai kekangan untuk memberikan perkhidmatan […]