Home Pengetahuan Rakus Makan Bangkai Ikan Gergasi, Ianya Amfibia Yang Ada Di Malaysia Juga!

Rakus Makan Bangkai Ikan Gergasi, Ianya Amfibia Yang Ada Di Malaysia Juga!

1608
0
Rakus Makan Bangkai Ikan Gergasi, Ianya Amfibia Yang Ada Di Malaysia Juga!

Rakus Makan Bangkai Ikan Gergasi, Ianya Amfibia Yang Ada Di Malaysia Juga! | Kadang kala ikan kap yang bersaiz besar tiba-tiba terapung mati dan membusuk, selain dari ianya jadi makanan untuk ikan kecil yang lain ada pemakan bangkai yang mungkin kita sendiri tidak sangka!

Mungkin dari gambar kita menyangka bangkai ikan ini dimakan oleh species ikan piranha. Sebaliknya pemangsa ikan kap gergasi ini ialah berudu. Lebih tepat lagi adalah berudu katak kuak (Lithobates catesbeianus). Di Eropah dan Amerika Utara, katak kuak in dikenali dengan nama ‘American bullfrog’.

Dari segi rupanya, American bullfrog mungkin nampak macam seperti katak biasa. Tidak seperti ikan piranha, katak ini taklah mempunyai rupa yang menakutkan. Tapi jangan biar rupa amfibia ini memperdaya anda. Ini kerana ia sama pelahapnya dengan ikan piranha.

amfibia

Berasal dari Amerika Utara di pergunungan Rocky, American bullfrog kini boleh dijumpai di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Ada satu sebab kenapa mereka muncul spesies amfibia yang paling berjaya di dunia: mereka tak banyak pemangsa.

American bullfrog ini pernah direkodkan oleh saintis, amfibia yang makan ular dan spesies katak lain. Selain ular, katak ini juga boleh makan tikus dan burung.

Tetapi baru-baru ini saintis menemui satu lagi sebab kenapa American bullfrog menjadi spesies invasif (spesies pemangsa yang tak banyak pemangsa di atasnya): imun terhadap kulat chytrid.

Kulat chytrid bertanggungjawab menyebabkan majoriti spesies katak di dunia berkurang. Kulat ini turut mudah berjangkit antara katak-katak lain – kecuali American bullfrog. Ini kerana American bullfrog merupakan pembawa kulat beracun tersebut yang membunuh katak-katak lain.

BACA: Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura

Mampu keluarkan jumlah telur 10 kali ganda lebih banyak daripada katak biasa

Saintis melaporkan spesies American bullfrog mula tersebar ke seluruh dunia pada tahun 1898, untuk memenuhi permintaan industri makanan yang menyediakan sajian kaki katak goreng.

Di habitat asalnya di Amerika Utara, American bullfrog mempunyai banyak pemangsa seperti ular air, alligator dan snapping turtle. Ikan-ikan di sana juga boleh makan berudu mereka untuk mengawal jumlah populasi mereka.

amfibia

Tetapi di luar benua Amerika Utara, pemangsa American bullfrog boleh dikatakan tiada. Hanya manusia sahaja pemangsa utama American bullfrog di Asia.

Ini menyebabkan populasi American bullfrog naik mencanak. Perlu diingat, seekor American bullfrog boleh mengeluarkan kira-kira 20,000 telur. Sedangkan katak spesies lain hanya mampu mengeluarkan 2,000-3,000 telur sahaja.

Berudu American bullfrog pula tidak dimakan oleh ikan-ikan air tawar di luar Amerika Utara. Situasi menjadi lebih teruk apabila berudu ini turut terkenal dengan selera besarnya. Maka tak hairanlah berudu ini boleh makan ikan gergasi.

Sejenis Amfibia Yang Kanibal

Satu lagi benda menarik tentang American bullfrog adalah sifat kanibal mereka. Ia bererti mereka turut makan spesies sendiri.

Tetapi American bullfrog tak akan makan kaumnya sendiri kalau mereka ada sumber makanan lain. Kewujudan sumber makanan yang cukup membuatkan populasi mereka semakin besar, sekaligus memberi tekanan kepada ekosistem.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) ada bertindak balas terhadap American bullfrog dengan meracun (menggunakan rotenone) tempat mereka membiak. Tetapi kaedah ini sangat tidak efektif kerana dua sebab.

Pertama, racun tersebut turut membunuh ikan-ikan.

Kedua, American bullfrog boleh lompat pindah tempat lain jika kediaman mereka diracun.

Di Argentina, PBT mereka bertindak mengeringkan kolam tempat American bullfrog membiak semasa musim kemarau sebelum membunuh secara manual.

Apabila musim monsun tiba, kolam tersebut akan dipenuhi air semula dan saintis boleh memperkenalkan semula katak spesies lain di ekosistem tersebut.

Tetapi masalah terbesar PBT di Argentina adalah kebolehan American bullfrog ‘melompat’ jauh. Maknanya mereka boleh berhijrah dengan jauh. Ini membuatkan program menghapuskan American bullfrog menjadi sangat sukar.

Setakat ini ada cadangan untuk memperkenalkan ikan siakap besar untuk makan American bullfrog dan mengawal populasi mereka. Tetapi ikan siakap besar juga pemangsa invasif seperti katak tersebur kerana tak banyak pemangsa boleh makan ikan siakap besar.

Di Malaysia, American bullfrog menjadi masalah ekosistem kerana ramai orang membelanya ketika kecil kerana dianggap haiwan amfibia yang menarik. Apabila katak peliharaan mereka menjadi besar, mereka akan melepaskannya ke alam sekitar. Ini menyebabkan ekosistem biologi negara menjadi terancam kerana kehadiran amfibia kanibal ini.

Baca Selanjutnya

Rakus Makan Bangkai Ikan Gergasi, Ianya Amfibia Yang Ada Di Malaysia Juga! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here