Home All Keluarga Mak Suruh Anak Kemas Rumah Bukan Nak Jadikan Hamba, Tapi Nak Jadi...

Mak Suruh Anak Kemas Rumah Bukan Nak Jadikan Hamba, Tapi Nak Jadi Berdisiplin!

5659
3
kemas rumah

Mak Suruh Anak Kemas Rumah Bukan Nak Jadikan Hamba, Tapi Nak Jadi Berdisiplin! | Selalu kita dengar orang berkata, senanglah bila anak-anak sudah besar sikit, bolehlah disuruh-suruh buat itu dan ini. Ringan sikit bebanan mengurus rumah.

Namun hakikatnya, tujuan utama ibu melakukan demikian bukanlah untuk kesenangan peribadi, namun lebih kepada mendidik anak-anak untuk tahu berdikari dan berdisiplin dalam hal menjaga kebersihan diri dan sekali gus tahu membuat kerja-kerja asas.

Mengapa Mak Perlu Suruh Anak Kemas Rumah?

Andai langsung tidak didedahkan tentang hal-hal sedemikian, bimbang bila anak telah dewasa hanya pandai mengarah seperti seorang Tuan kepada hambanya dan langsung tidak tahu kemas rumah.

Hal yang sama juga dilalui oleh wanita ini yang berkongsi kisah bagaimana ibunya mendidik dirinya untuk lebih berdisiplin dalam hal penjagaan kebersihan rumah. Jom baca perkongsian penuh daripadanya.

kemas rumah

​​​​Pesan mak dari dulu kini & selamanya

Pastikan rumah kemas dan bersih sebelum keluaq rumah sampah buang dengaq dak anis?

Bangkit tidoq kemaih balik katil dan bilik macam sebelum tidoq pintu bukak jangan dok tutup 24 jam sebab sambil lalu pon mak boleh nampak bilik hang kemas ke dak hahahahha

(Pesan mak dari anis kecik sampai dah terlekat dalam kepala ni sampai dah tua)

Dulu masa anis sekolah kalau sekolah petang tiap-tiap hari bangun je tido tugas tetap kemas rumah, sapu sampah dan sidai kain tiap-tiap hari okey. Mak cakap walaupun kita belajaq tinggi, reja besaq ,duit banyak ka kita orang pompuan kena jaga kebersihan rumah. Biaq barang buruk jangan sampai sarung bantai pon “sejuk”

Dapoq lepas masak susun pinggan, cuci sink bila dapoq dah sejuk lap balik macam sebelum guna tadi. Biaq orang kata dapoq lagu tak masak ka apa ka janji kita lepas guna bersihkan balik. Abih kalo dapoq tak masak nak makan apa hahahah

Kalau kata mak hari ni takyah sapu sampah boleh tak? mak akan cakap :

Sapu jugak sebab kita tak nampak sampah yang ada. Cuba sapu dulu lepas tu tengok ada tak dalam penyodok tu.

(Cara mak didik anak dia ajar kemas rumah tak jadikan anak tu hamba tapi setiap anak dia jadi disiplin dengan tangungjawab sampai la kami semua dah besaq panjang)

Mak kata kemaih rumah bukan sebab orang nak datang tapi kebersihan salah satu benda yang dituntut dalam islam.

sumber : Anis Syuhada

Mak Suruh Anak Kemas Rumah Bukan Nak Jadikan Hamba, Tapi Nak Jadi Berdisiplin! 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here