“Mak Ayah Tolong Doakan Saya”, Ajaibnya Kata-Kata Terbukti Wanita Ini Hidup Senang

0
261
doakan

“Mak Ayah Tolong Doakan Saya”, Ajaibnya Kata-Kata Terbukti Wanita Ini Hidup Senang | Ramai nak hidup senangkan. Nak rumah besar, kereta mewah dan wang banyak. Selain makan gaji, berniaga juga paling senang buat duit.

Ada orang dari pagi sampai malam kerja tapi rezeki biasa-biasa saja. Ada pula yang ala kadar hidupnya dan tak kurang ada yang hidup susah. Di sebalik ramai yang gigih bekerja, ramai yang tak perasan minta ibu ayah doakan sebenarnya paling mustajab untuk kemewahan rezeki yang kita cari selama ini.

Kami kongsikan kisah kejayaan Siti Fatimah Rasol, 32 tahun, antara muslim yang terlibat dalam bidang pembekalan bahan binaan dan barang keperluan rumah, pemilik Warisan Timber Hardware & TIM Warisan Hardware yang terletak di Dengkil dan Kota Warisan, Sepang.

doaBukan lahir dari keluarga senang sebelum ini tapi Siti berusaha untuk berjaya. Ajaib, doa dari mak ayahnya merupakan senjata kejayaannya selain NIATNYA untuk menolong muslim lain dapatkan harga murah membuatkan Allah sentiasa memberi rezeki terhadapnya tanpa sebarang ujian.

Nampak seperti mudah tapi istiqomah dan betulkan niat adalah perkara paling sukar untuk orang Islam berjaya,” katanya memulakan bicara.

Sebelum berjaya hari ini, kata Siti dia mula belajar bidang perniagaan selepas ditipu kontraktor yang buatkan rumahnya.

“Lari walau duit dah bayar. Saya nekad beli barang dan belajar nama-nama barang sebelum upah pekerja Indonesia siapkan rumah. Dari situ, sikit-sikit saya mula kenal nama barang dan mula jadi kontraktor,” katanya.

U ada RM1 juta ker

Walau ada kerja tetap tapi Siti nekad berhenti kerja. Seluas alam sudah tercatat rezeki untuk dirinya apabila seorang peniaga mahu menjual kedai menjual perkakasan rumah dengan harga sangat murah iaitu RM8 ribu berbanding harga asal RM40 ribu.

“Saya beli kedai itu hasil keuntungan jadi kontraktor. Dah la jual murah, lelaki tersebut bantu saya set-up kedai lagi selama dua bulan. Itulah rezeki saya. Hasil keuntungan TIM Warisan Hardware buat saya nekad buka Timber Hardware di Dengkil,” katanya lagi.

Untuk berjaya, bukan semudah membilang A To Z. Siti pernah bertanya kepada bangsa yang memonopoli perniaagan pembekalan rumah ini dan kata mereka modal diperlukan RM1 juta.

“Saya ternganga. RM1 juta. Mana nak ambil duit tapi saya ada dapat banyak permintaan kerana banyak kontraktor datang ke kedai hardware saya sebelum ini. Saya cari lagi ilmu dan ternyata kita ditipu hidup-hidup mengenai harga bahan binaan ini terutama harga simen yang berubah setiap minggu.

“Demi Allah bila dah buka bisnes nie baru saya tahu selama ini kita dipermainkan terutama dari pembekal,” katanya yang memulakan bisnes dengan hanya RM70 ribu sahaja.

“Mak Ayah Tolong Doakan Saya”, Ajaibnya Kata-Kata Terbukti Wanita Ini Hidup Senang 1

Hari-hari cakap, mak ayah tolong doakan saya

Rezeki dirinya, sentiasa murah. Kata Siti dia dari dulu berniat untuk menjaga mak ayahnya hingga ke akhir hayat.

“Dulu masa duduk rumah apartment, yang saya kongsikan enam orang termasuk menjaga adik yang tidak sihat bersama ibu, ayah dan suami, saya bertanya sampai bila harus begini.

“Suatu hari saya ronda-ronda dengan ayah dan nampak rumah tiga tingkat di Bangi. Saya cakap dengan ayah, “Ayah, kita nak belilah rumah nie”. Ayah cakap, belilah. Mana mampu sebab harganya RM800,000.

“Tapi setiap hari saya mohon ayah dan ibu doakan murah rezeki saya. Tiga bulan kemudian, saya ronda lagi kawasan itu dan lihat agen tengah bawa bakal pembeli. Saya tanya tapi dia pandang saya sinis. Layan tak layan sebab nampak saya macam orang tak ada duit.

“Saya ikut jer masa dia bawa customer dan dengar penerangannya. Bila saya tanya berapa kenapa bayar deposit, katanya RM100,000. Allah mudahkan urusan hidup saya bila saya dapat beli rumah tu walau saya tak ada duit sebanyak itu,” kata Siti memaklumkan, dalam dia baru membuka perniagaan hardware itu, geran rumah tersebut hilang selama setahun dan ketika itulah dia mampu mengumpul modal kerana syarikat pembekalannya tumbuh kembang dengan sangat pantas.

“Mak Ayah Tolong Doakan Saya”, Ajaibnya Kata-Kata Terbukti Wanita Ini Hidup Senang 2Niat kena betul

Kata Siti, niat adalah perkata penting untuk berjaya dalam bisnes. Kita kena tanya kenapa kita buat bisnes.

“Saya selalu berdoa pada Allah, saya nak tolong bangsa saya dapatkan bahan binaan murah dan bukan untuk kesenangan keluarga saya. Alhamdulilah Allah mudahkan hidup saya. Saya kenal pekedai muslim yang kongsikan dari mana dia dapat bekalan murah.

Saya pergi sendiri China dapatkan barang walau saya tak tahu apa ketika itu. Banyak Allah mudahkan hidup saya sebab saya selalu mudahkan urusan orang,”katanya membuka rahsia kejayaan hidupnya.

Anak muda jangan takut berubah

Selalu ramai merungut, duit tak ada untuk bisnes. Kata Siti, anak muda kena berani buat keputusan cepat. Tak boleh tunggu lama-lama. Nak tunggu duit banyak memang tak adalahkan, nak harap duit mak ayah lagilah susah.

“Tapi kalau kita nak berjaya, cepat-cepat buat keputusan. Kemudian minta doa dari mak ayah dan Allah taala. Ada juga yang berniaga dan tanya kenapa generasi pertama seperti saya boleh berjaya hari ini.

“Saya katakan kepada mereka, kalau bisnes gagal sebab kita gagal ikhlas dengan mak ayah kita.Kita kedekut dengan mak ayah kita.Kalau kita cium peluk mak ayah kita setiap hari, rezeki kita akan sentiasa murah,”katanya yang mengajak anak muda untuk berubah dan pantas membuat keputusan.

Jadi anak-anak muda yang ingin memulakan kerjaya atau perniagaan sendiri, ingatlah redha ibu bapa tu sangat penting jangan malu nak minta mereka doakan kejayaan kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here