Home All Keluarga Mak Ayah Sibuk Nak ” Me Time “, Sudahnya Anak-anak Yang Terabai

Mak Ayah Sibuk Nak ” Me Time “, Sudahnya Anak-anak Yang Terabai

1325
0
me time

Mak Ayah Sibuk Nak ” Me Time “, Sudahnya Anak-anak Yang Terabai | Dalam bab mengurus keluarga ini kenalah ada timbang taranya. Suami isteri kena buat tanggungjawab sama-sama. Kerana perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua hati, ia lebih pada menunaikan amanah dan tanggungjawab. Tidaklah nanti anak-anak terabai dek keegoaan mak ayah ini.

Hadamkan perkongsian Puan Intan Dzulkefli, pentingkan suami isteri faham akan peranan setiap mereka dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan pasangan masing-masing.

Suami Isteri, Masing-masing Tak Nak Beralah

Ada orang kata, kalau suami jenis sibuk dengan hobi. Eh… awak janganlah beralah je, carilah hobi juga. Dia boleh berhari-hari tak balik sebab pergi trip motor, pergi memancing. Awak pun joinlah aktiviti hiking ke, cycling ke tak payah balik juga berhari-hari. Puaskan hati tu.

Kalau suami jenis asyik main game, ehhh… Apa duk tepi je, install game jugak, ha lawan, lawan! Tak payah masak, tak payah kemas rumah. Gasak!

Kalau dia asyik jenis menghadap telefon je usha awek cantik, seksi dekat Instagram. Haaa awak pun melawa lepas tu post la selfie dekat medsoc, jangan ingat kita ni buruk sangat.

Sudahnya Siapa Yang Jadi Mangsa

Cubalah fikir, kalau suami dan isteri cuma sibuk fikirkan diri sendiri, siapa yang jadi mangsanya? Ibubapa sibuk dengan telefon, lihatlah siapa yang terpinga-pinga dan terabai? Ya. Anak-anak.

Mereka memerhatikan. Suami ego membawa ke haluan A. Isteri ego membawa diri ke haluan B. Bertentangan masing-masing membesarkan ego. Siapa yang terabai? Ya. Anak-anak.

Mak Ayah ‘Claim’ Nak Ber ‘ Me Time ’

Ayah pergi memancing berhari-hari. Emak pergi trip dengan besties pun berhari-hari. Yelah, nak me time. Anak-anak ditinggalkan dengan atuk nenek, atau pengasuh atau jiran, atau saudara-mara.

Memang mereka hidup juga, makan juga, mandi macam biasa. Namun, percayalah ada RUANG KOSONG dalam hati mereka kerana ruang itu sepatutnya diisi oleh ibubapa mereka. Jangan salahkan anak-anak. Mereka tak salah.

Mereka tak lahir dengan tiba-tiba atas muka bumi ini melainkan atas natijah perbuatan dan perhubungan ibubapanya jugalah kan.

Samada ‘semua’ itu berlaku dengan suka, terpaksa, waras atau emosi, itu belakang cerita kerana akhirnya anak-anak itu telah pun lahir dan meminta pertanggungjawaban ibubapanya.

Tanggung amanah di dunia, menjawab depan Allah di akhirat.
Begitulah beratnya makna ‘amanah’.

Jangan Jadi Mak Ayah Yang Lalai Dan Penting Diri

Rumahtangga islam yang bersifat memimpin, melindungi, serta ada fokus yang jelas tentang aqidah, ibadah dan akhlak tentunya bukan lahir dari suami isteri – ibubapa yang lalai dan mementingkan diri.

me time

Sebab itu, perhalusilah semula niat kita semasa bersetuju untuk bernikah. Apakah cuma tentang diri kita sahaja atau me time sebagai ibu bapa sahaja?

Ada orang sayang aku.
Ada orang yang hargai aku.
Ada orang yang serve aku.
Ada orang sediakan makan minum, pakai.
Ada orang yang belanja aku.
Ada orang yang uruskan hal aku, rumah aku, anak-anak aku.
Ada orang yang jaga aku.
Apakah semuanya tentang diri kita sahaja?

Maka apabila pasangan gagal mencapai expectations kita, lalu kita pun rasa dia useless dan tekad menghulur salam perpisahan?

Takpa… Yang penting, diri sendiri! Begitu? Apabila ibubapa berpisah dan gagal menjadi ibubapa yang baik, tetap juga anak-anak yang menjadi mangsa. Ya, anak-anak!

Perhalusi Tujuan Bernikah

Oleh itu, wahai suami, wahai isteri… tambahan yang sudah menjadi ibu dan bapa, perhalusi semula tujuan kita bernikah. Tak apa, 3 tahun atau 5 tahun terbazir kerana kekhilafan kita… Berani mengaku salah serta ubahlah.

Bila mana seseorang mengambil keputusan untuk berumahtangga, ingatlah, ia bukanlah lagi tentang diri sendiri semata-mata bukan soal me time kita. Lihatlah pasangan, lihatlah anak-anak. Lihat mata mereka.

Merekalah selamanya amanah kita. Allah akan tanya kelak di akhirat sana. Ingat tu. Jangan jadikan anak mangsa disebabkan keegoan hati masing-masing sibuk nak me time dengan hobi masing-masing.

Kata Ustaz: Tak salah untuk mempunyai me time ianya bagus untuk memberikan ruang kepada ibu bapa yang seharian terperuk dengan tanggungjawap masing-masing. Yang menjadi masalah apabila me time tu kadang menjadi alasan untuk mengabaikan tanggungjawap yang sebenar..

Sumber/Foto : Intan Dzulkefli

Mak Ayah Sibuk Nak " Me Time ", Sudahnya Anak-anak Yang Terabai 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here