Home All Isu Semasa Majlis Sehari Tapi Hutang Bertahun, Kos Kahwin Punca Bujang Senja Meningkat!

Majlis Sehari Tapi Hutang Bertahun, Kos Kahwin Punca Bujang Senja Meningkat!

1245
1
kos kahwin

Majlis Sehari Tapi Hutang Bertahun, Kos Kahwin Punca Bujang Senja Meningkat! | Baru-baru ini, isu mengenai kahwin lewat telah menjadi kecoh di segenap ruangan media sosial. Semuanya tercetus apabila sebuah kajian mendapati bahawa terdapat jutaan lelaki dan wanita masih bergelar ‘bujang senja’ khususnya di sekitar ibu negara, Selangor dan Johor.

Meskipun soal jodoh dan keserasian dalam memilih teman hidup dipengaruhi pelbagai faktor, namun trend kahwin di usia melebihi 30-an berkenaan dilihat meruncing kerana boleh mempengaruhi kadar kesuburan masyarakat di negara ini.

Punca ramai lambat kahwin? Kos kahwin sama macam beli kereta

Kebiasaannya golongan muda akan memberi alasan jodoh belum sampai lagi atau risau mengenai krisis rumah tangga pada zaman sekarang ini. Dilema itu turut mendapat perhatian seorang lelaki bernama Abdul Rahman yang terpanggil mengulas berkenaan kos perkahwinan yang sangat tinggi. Ikuti perkongsian yang dikongsi menerusi laman Facebook miliknya tempoh hari.

INI PUNCA KENAPA RAMAI YANG LAMBAT KAHWIN

Semalam heboh pasal laporan Sinar Harian 5juta lelaki / perempuan bujang lambat kahwin. Data ni meningkat sekali ganda kalau dibandingkan dengan tahun 2010.

Memang agak membimbangkan disebabkan ia akan memberi kesan kepada populasi rakyat negara kita dalam jangka masa panjang. Tapi apa yang menyebabkan ramai golongan muda lambat nak kahwin?

Ada yang kata:

  • Banyak benda belum capai lagi..(nak dapat kerja yang stabil, nak melancong and bla2)
  • Tak puas lagi hidup bujang
  • Tak sampai SERU lagi
  • Takut. Sebab bila tengok drama Samarinda TV3. Banyak sangat isu rumah tangga ni. Curang, bergaduh suami isteri and bla2…

Tapi pada saya, Kos nak kahwin zaman sekarang ni..MASYAALLAH…SAMA MACAM BELI AXIA 2nd HAND CASH! Itu isu sebenarnya

kos kahwin

Majlisnya sehari…tapi jadi hamba berhutang berpuluh tahun kerana kos kahwin

Dalam pada itu, saudara Abdul Rahman juga mendedahkan senarai kos yang terlibat dalam sebuah majlis perkahwinan untuk golongan Melayu serta belanjawan bulanan yang biasanya ditanggung oleh suami isteri selepas mendirikan rumah tangga. Katanya, majoriti masyarakat lebih gemar berbelanja besar demi majlis persandingan masing-masing. Maka tidak hairanlah ramai pengantin baru terpaksa dibelenggu dengan jumlah hutang yang tinggi.

Jom kita tengok, apa kos2 yang terlibat dalam sebuah majlis perkahwinan untuk etnik kaum Melayu…

  • Maskahwin (Selangor): RM300
  • Duit Hantaran: RM 10,000
  • Barang Hantaran (RM150x 5 Dulang): RM 750
  • Upah hias dulang (RM100 x 5): RM 500
  • Cincin Tunang: RM 450
  • Cincin Kahwin: RM 450
  • Baju Tunang + Nikah: RM 250
  • Baju Sanding: RM 900
  • Make-up Nikah: RM300
  • Make-up Sanding: RM 300 (Sebab nk solat zohor, kena remove make up lepas nikah. Then kena make-up balik)
  • Jamuan Makan (RM10 x 500): RM 5,000
  • Khemah (RM 250 x 5 Khemah) : RM 1,250
  • Door Gift : RM 800 (Bunga Telur)
  • Kad Kahwin (RM 1.00 x 250) : RM 250 (Print 250pcs je, lg 250 invite through FB and WhatApps)
  • Fotografi: RM 1,700
  • Pelamin: RM 600
  • Hias Bilik Pengantin: RM 600 (DIY, Cadar Beli Sendiri)
  • Belanja Luar Jangka: RM 600(Makan xckup, kena beli mi goreng kat mamak and bla2)

    TOTAL: RM 25,000 !!

kos kahwin

Di sebabkan nak menghalalkan yang haram. Maka, si pengantin pun buat lah loan bank. Dengan interest rate 7% setahun dan jangka bayaran balik 10 tahun (120 bulan). Bulan2 si bakal pengantin kena bayar setiap bulan RM 354.

Sebelum nak decide ambik loan ke x, si pengantin pun buat lah kira2 based on pendapatan yg dia ada sekarang.

Gaji Basic: RM 3,000

Jumlah tolakan

  • EPF: RM 330
  • SOCSO: RM 14.75
  • EIS: RM5.90
  • Zakat: RM 75
  • Total Tolakan: RM 425.65

Gaji Bersih: RM 2,574.35 —(A)

So, apa pulak rupanya belanjawan bulanan selepas kahwin, kalau ambik loan RM 25k tadi?

  • Makan (RM20 / day X 30 hari): RM 600
  • Ansuran Motor: RM 163
  • Minyak Motor (RM 6.00 x 30 hari): RM 180
  • Service Motor: RM 60
  • PTPTN: RM 150
  • Bil Telefon: RM 53
  • Rumah: RM 1,000
  • Bil Api: RM 100
  • Bil Air: RM 30
  • Bagi Mak / Ayah: RM 100
  • Nafkah Isteri: RM100
  • Loan Kahwin: RM 354

Total: RM 2,690 —(B)

Hasil (A) tolak (B): NEGATIVE RM115.65
Maka, golongan bujang ni cakap dalam hati..Majlisnya sehari, TAPI jadi hamba hutang berpuluh tahun.

kos kahwin

Kalau grad 23 tahun…umur 33 baru dapat kahwin untuk tampung kos kahwin

Susulan kos kahwin yang cukup tinggi itu, seseorang individu terpaksa mengambil masa bertahun-tahun demi nekad mengumpul wang. Maka, Abdul Rahman juga menjelaskan bahawa tidak hairanlah apabila masyarakat zaman sekarang ini berkahwin pada usia 30-an gara-gara penangan kos kahwin tersebut.

Tu pun, majlis dah habis mcm2 potong dah.JEMPUTAN PUN 500 ORANG JE. Hantaran pun 5 dulang je…

Tak ada DJ, tak ada konsep taman, cinderella and bla2..Tak ada brides maid, videography pun tak ada…Tapi kos masih RM25k.

Ok lah…buat majlis sekali, tak payah asing2 lelaki-perempuan. Lepas tu, belanja majlis bahagi dua dengan bakal isteri / suami. Cuba kumpul duit sendiri. Tak payah buat loan untuk tanggung kos kahwin…

So, Si bakal pengantin lelaki ambil portion RM 12,800 (RM 12,500+ RM 300 Mas Kahwin)
Si, bakal pengantin perempuan ambil portion RM 12,200

Then, masing2 nekad kumpul RM 100 sebulan untuk cover kos kahwin.

Hasilnya:
Si bakal pengatin lelaki ambil masa 128 bulan (10 tahun setengah) nak kumpul RM 12,800

Si bakal pengatin perempuan ambil masa 122 bulan (aprox 10 tahun) nak kumpul RM 12,200

Kalau grad umur 23 tahun. Umur 33 tahun baru dapat kahwin🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ Haih…Tu lah yang ramai lambat kahwin.. Bertabahlah… Korang setuju dengan pendapat saya?

Note: Ni untuk kaum Melayu. Untuk Chinese and Indian pun saya dengar kos kahwin pun dasyat jugakk….

#IsuSemasa #LambatKahwin #IngatSenangKeNakKahwin #NakKahwinPunStruggle

Sumber: FB Ir Abdul Rahman Bahasa

Majlis Sehari Tapi Hutang Bertahun, Kos Kahwin Punca Bujang Senja Meningkat! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here