Home All Isu Semasa Majikan Perlu Adil! Coretan Lelaki Ini Buat Ramai Buka Mata & Sedar...

Majikan Perlu Adil! Coretan Lelaki Ini Buat Ramai Buka Mata & Sedar Kepentingan Pekerja

1637
1
majikan

Majikan Perlu Adil! Coretan Lelaki Ini Buat Ramai Buka Mata & Sedar Kepentingan Pekerja | Hak pekerja dan punca ketidakseimbangan pendapatan telah menjadi topik hangat diutarakan sejak akhir-akhir ini.

Oleh itu, jika anda majikan yang merupakan pemimpin dalam sesebuah organisasi perniagaan, tidak kisahlah besar atau kecil perniagaan tersebut, anda seharusnya mencipta suasana yang kondunsif demi mengekalkan pekerja terbaik serta dapat mengurangkan jumlah pekerja yang tidak setia dalam organisasi berkenaan.

Pekerja tidak setia bukan bermaksud pekerja yang menipu dan tidak jujur dalam pekerjaan, ia bermaksud pekerja yang dikategorikan sedemikian kerana mereka sedang aktif mencari kerja baru di tempat lain.

Majikan Perlu Adil! Coretan Lelaki Ini Buat Ramai Buka Mata & Sedar Kepentingan Pekerja 1

Gambar sekadar hiasan.

Sebab itulah anda sebagai majikan harus memastikan bahawa setiap pekerja merasa senang dan mendapat kemudahan yang cukup untuk menjalankan tugas mereka. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga perlu berasa selesa untuk melakukan kegiatan sosial, sukarela dan pelbagai lagi sebagai kegiatan berkumpulan.

Pentingnya Majikan Berlaku Adil Kepada Pekerja

Seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Ir Abdul Rahman Bahasa yang telah menulis tentang betapa pentingnya majikan untuk berlaku adil kepada pekerja

Perkongsian yang dikatakan membuka mata ini telah meraih sebanyak 20 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Mungkin orang ramai boleh baca dan fahami sedalam-dalamnya apa yang cuba disampaikan oleh lelaki ini.

Sangatlah bermanfaat.

“IF YOU CAN BUY BUNGALOW, PLEASE LET US AT LEAST BUY LOW COST APARTMENT…” – Ir Abdul Rahman Bahasa.

Semalam aku teserempak dengan rakan lama yang aku namakan “L”. Hampir 10tahun jugak kami tak jumpa. So, biasalah. Banyak perkara yang nak diceritakan dan of course perbualan berkenaan pekembangan semasa diri masing2 adalah soalan yang wajib di tanya.

Saya: L, ko kerja mana sekarang?

L: Aku kerja kat company A, dah 8tahun aku kerja kat situ. InsyaAllah, tahun depan aku ke company baru.

Saya: Aik, apa kes? Dah 8tahun dekat situ, pun ko nak cabut jugak?

L: Apa yang ko tulis dalam FB tu hakikat yg berlaku sekarang man.Senior Engineer tak dihargai.Bila dah ramai start resign,barulah HR terhegeh2 nk revisit balik benefit2 kat staff2 senior ni.

Apa yang L cakap mengimbau kembali kenapa aku resign dari company lama ku dahulu. Begini kisahnya… Aku bekerja sebagai Engineer di sebuah company kecil.Semasa aku join company tersebut, total staff lebih kurang 15orang sahaja termasuk 3 orang boss.

Di takdirkan Allah, walaupun jawatan ku hanya seorang Engineer bukan Business Development Executive. Aku berjaya membawa masuk projek bernilai RM20juta yg perlu di deliver dalam masa 6bulan. Nilai RM20juta untuk company yg hanya ada 15org pekerja, memang sangat besar nilainya! Motivasi kerjaku membuak2 kerana aku mengaharapkan ganjaran dari effort ku dapat bawak masuk projek bernilai RM20juta tu.

Namun begitu, motivasi dan kepuasan untuk bekerja mula merundum apabila berlakunya perkara seperti…

  • Director start beli kereta mewah baru.
  • Mileage claim untuk perjalanan 20km dan ke bawah tidak dibenarkan. Dan bla2..

Kami sebagai staff cuba juga untuk berbincang dengan boss untuk mendapat win2 situation. Namun, perbincangan kami menemui jalan buntu. Kata penutup dari boss ku pada masa itu telah menghancurkan hati semua staff yang bernama pekerja.

Kata bossku: Ini adalah policy company yang baru demi kebaikan semua staff.
(Oh! Sesuatu yang aku tidak boleh terima pada masa itu).

Maka aku nekad untuk menghantar resign letter. Boss aku agak terkejut dan terus ajak aku pekena “Teh Tarik session”. Aku tidak menolak, maybe ada perkara yang dia mahu discuss one-to-one dengan ku. Tiba di kedai mamak, boss ku memulakan perbualan:

Boss: I’m shocked you want to resign. Why too sudden?

Saya: When my job satisfaction going downwards, it better for me to leave this company.

Boss: What made your job satisfaction down?

(Eh. Aku confuse, boss aku ni memang tak faham. Atau buat2 tak faham apa yang berlaku dalam company pada masa itu)

Aku jawab: Boss, what I can say… IF YOU CAN BUY BUNGALOW, PLEASE LET US AT LEAST BUY LOW COST APARTMENT. We don’t want same par with you. But at least you need to be fair.

Boss: Ok2. Will you change your decision if I give you promotion with 7% salary increment?

Ini kata2 akhir ku kepada ex-boss ku: “It too late boss. I already firm with my decision. My advice, please be more sensitive next time. Today you lost one Rahman Bahasa because of decision you made. Kindly revisit back company policy and hope you can retain another 10 Rahman Bahasa in future. I wish you good luck!”

Sebab itulah setiap syarikat disarankan untuk memberikan kepuasan kepada setiap pekerja yang ada supaya mereka merasa setiap situasi adalah adil.

majikan

To my ex-boss. Jika anda terbaca coretan saya ni. Thanks for a very good lesson learn you gave to me. Your decision changing the company policy had made me understand further one of hygiene factor on job satisfcation (anda boleh baca Herzberg’s motivation-hygiene theory).

Jika sesuatu policy company itu tidak memberi kepuasan kepada pekerja or at least WIN-WIN SITUATION. You might face risk to lost good employee in your company. Dengan ini, aku nekad untuk memastikan policy company aku lebih kepada WIN-WIN SITUATION.

Kepada majikan diluar sana. Cuba lah adil kepada pekerja. Dan kepada pekerja. Jika anda dapat majikan yang adil, jangan persiakan nikmat yang ada. Kerja lah bersungguh2.

Majikan Perlu Adil! Coretan Lelaki Ini Buat Ramai Buka Mata & Sedar Kepentingan Pekerja 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here