Home All Isu Semasa “Maaf Bang Saya Dah Lambat”, Rider Foodpanda Terpaksa Tumpang Solat Di Rumah...

“Maaf Bang Saya Dah Lambat”, Rider Foodpanda Terpaksa Tumpang Solat Di Rumah ‘Strangers’

8848
0
“Maaf Bang Saya Dah Lambat”, Rider Foodpanda Terpaksa Tumpang Solat Di Rumah ‘Strangers’

“Maaf Bang Saya Dah Lambat”, Rider Foodpanda Terpaksa Tumpang Solat Di Rumah ‘Strangers’ | Walaupun dalam kesibukan bekerja, sikap seorang penghantar makanan atau rider ini dalam mengutamakan solat mendapat perhatian ramai.

Melalui perkongsian di Facebook, netizen ini memberitahu dia terkejut sewaktu melihat seorang rider foodpanda menumpang solat di koridor rumahnya.

Menurut rider tersebut, dia telah memberi salam beberapa kali namun tiada tuan rumah yang keluar. Disebabkan berada dalam keadaan yang tergesa-gesa, dia bergegas menunaikan solat di kawasan itu yang merupakan rumah orang tidak dikenalinya.

“Maaf bang saya dah lewat tadi.” – Rider Foodpanda

Uncle balik kerja..tengok tengok ada orang solat di koridor rumah..Lepas solat dia kata..Maaf bang..saya dah…

Posted by Regiment Askar Siber Melayu on Tuesday, June 2, 2020

Menurutnya, selepas memberikan salam dia terlihat paip air yang berada di kawasan rumah tersebut. Dengan kadar segera, dia terus mengambil wuduk dan melihat kawasan koridor yang bersih untuk dijadikan tempat solatnya.

BACA: Alhamdulillah Kini Penghantar Foodpanda Layak Manfaat Perlindungan Perkeso, Doakan Keselamatan Frontliners!

“Saya bagi salam tak ada orang tapi saya nampak ada paip air. Jadi saya pun ambil wuduk dan solat. Saya nampak lantai ni bersih dan ada ayat qursi di pintu. Jadi saya solat lah.”

Tuan rumah tersebut yang kebetulan baru pulang dari kerja terkejut melihat ada orang tidak dikenali sedang solat di rumahnya. Tetapi dia sendiri tidak kisah dan menunggu penghantar makanan itu selesai menunaikan solatnya memandangkan kiblatnya juga betul.

“Tak pe dik, kau solat lah. Kiblat kau tu pun betul. Mungkin hidayah Allah.”

Foodpanda

Sebaik saja selesai solat, ‘rider’ tersebut segera meminta maaf kepada tuan rumah. Katanya oleh kerana sudah terlambat, dia tidak mempunyai pilihan yang lain lagi. Sikap toleransi yang baik daripada tuan rumah juga turut dipuji oleh netizen yang lain.

Sumber

“Maaf Bang Saya Dah Lambat”, Rider Foodpanda Terpaksa Tumpang Solat Di Rumah ‘Strangers’ 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here