Home All Isu Semasa Luahan Usahawan Lumpuh Ini Buat Netizen Sebak, Sering Diabaikan Pelanggan Bila Keluar...

Luahan Usahawan Lumpuh Ini Buat Netizen Sebak, Sering Diabaikan Pelanggan Bila Keluar COD

1716
0
Luahan Usahawan Lumpuh Ini Buat Netizen Sebak, Sering Diabaikan Pelanggan Bila Keluar COD

Luahan Usahawan Lumpuh Ini Buat Netizen Sebak, Sering Diabaikan Pelanggan Bila Keluar COD | Menjalankan perniagaan sendiri dan melakukan penghantaran sendiri bukanlah satu perkara yang mudah terutama buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti wanita dari Terengganu ini.

Dia yang difahamkan mengalami lumpuh dan menderita penyakit kronik sejak 17 tahun yang lalu berkongsi kisahnya sering diabaikan pelanggan yang telah membuat temujanji untuk membeli barangan yang dijualnya atau Cash On Delivery.

Kecewanya bila gi cod tak ada respon.. Bluetick saja.. Taknak respon bagitahu kita tak marah. Dah la cod pakai kudrat yang tak seberapa nie.. Jadi gini sedih sungguh.. 😭

Posted by Nur Su'aidah Mohd Jaafar on Wednesday, June 17, 2020

Dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini, wanita tersebut Nur Su’aidah meminta agar pelanggan yang berurusan dengannya sentiasa peka apabila sudah berjanji untuk melakukan COD dengannya yang mempunyai masalah lumpuh.

Ia susulan beberapa kejadian yang menimpa dirinya dimana pelanggannya menghilangkan diri apabila dia sudah pun keluar untuk melakukan penghantaran pesanan yang telah dibuat mereka.

“Bila Su keluar pergi COD dah dekat nak sampai rumah, telefon dan Whatsapp tak ada respon hanya Allah yang tahu.

“Hendak-hendak kalau jauh sikit, penat itu terus terasa bila anda buat Su macam tu.

“Hari ini dua tempat Su pergi untuk COD, tunggu sampai hampir sejam akhirnya balik dengan kecewa,” luahnya.

Mengakui kudratnya tidaklah sekuat insan biasa, Su bagaimanapun berkata dia bernasib baik kerana sering ditemani anaknya yang sentiasa menjadi penyejuk hati bila berhadapan dengan situasi demikian.

Walaupun baru berusia 7 tahun, namun anaknya itu menurutnya sentiasa memujuk beliau dan mengingatkan rezekinya mungkin berada di tempat lain.

“Jadi kalau ada sahabat yang berniat nak membeli dengan Su dan COD tu ingatlah wajah ini yang datang dan tidak mempunyai kudrat seperti anda yang normal.

“Tenunglah wajah letih ini dan pesanan ini,” luahnya.

Tak nak baca scroll laju2..😭😭😭😭😭😭Duhai sahabat yang ada niat nak membeli barang su niaga tak kira la apa pun mohon…

Posted by Nur Su'aidah Mohd Jaafar on Friday, June 26, 2020

Perkongsian dan luahan wanita lumpuh mengenai perkara itu turut menerima perhatian netizen yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sejak mula dimuatnaik beberapa hari, luahannya di Facebook itu telah pun mendapat lebih 1,000 perkongsian dengan rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan kesedihan dengan apa yang dialami wanita tersebut.

lumpuh lumpuh

BACA: Tak Sangka Inilah 5 Amalan Punca Keberkatan Rezeki Yang Kita Tak Perasan

Luahan Usahawan Lumpuh Ini Buat Netizen Sebak, Sering Diabaikan Pelanggan Bila Keluar COD 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here