Home All Isu Semasa Letupan Besar Lubnan Ingatkan Semua Pada Allah, Bacakan Doa Ini Bagi Saudara...

Letupan Besar Lubnan Ingatkan Semua Pada Allah, Bacakan Doa Ini Bagi Saudara Kita

1905
0
Letupan Besar Lubnan Ingatkan Semua Pada Allah, Bacakan Doa Ini Bagi Saudara Kita

Letupan besar yang telah menggegarkan Beirut, Lubnan jelas mengejutkan penduduk dunia, terutama di negara sesaudara Islam seperti Malaysia.

Kejadian yang berlaku di pelabuhan akibat letupan di gudang bunga api itu telah mengakibatkan seluruh ibu kota itu terasa dengan gegaran dan bunyi kuat, sehingga bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah berdekatan.

Imej serta video yang kini tular di media sosial menyaksikan letupan besar direkodkan dari pelbagai sudut bandaraya.

Kepulan asap hitam tebal dan suara jeritan warga Beirut membuatkan ramai netizen merasa gusar sekiranya kejadian seperti ini berlaku ke atas diri mereka sendiri.

BACA JUGA: Berkebun Dan Berselawat Mampu Kawal Stress, Boleh Cuba Kalau Tak Percaya!

Doakan Saudara Kita Yang Terjejas Dengan Letupan Besar

Sebagai manusia dan saudara sesama negara majoriti Islam, apa yang kita boleh lakukan adalah menolong menyampaikan satu doa khusus yang diamalkan semasa kita melihat orang lain ditimpa musibah contohnya kejadian letupan besar ini.

Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Ia juga boleh diucapkan sekiranya kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan, ataupun sekiranya kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.

Letupan Besar

BACA JUGA: Terkedu Penjual Mercun Bila Ketua Polis Daerah Muar Buat Order di Group FB

Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:

“Alhamdulillahilladzi ‘aafaani mimmab talaaka bihi, wa faddhalanii ‘ala katsiirim mimman khalaqa tafdhilaa.”

(Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.)

“Jika kalimah ini diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Letupan Besar Lubnan Ingatkan Semua Pada Allah, Bacakan Doa Ini Bagi Saudara Kita 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here