Home All Isu Semasa Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke?

Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke?

982
0
Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke?

Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke? | Aktor kacak Saharul Ridzwan selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata kelihatan begitu penyayang.

Suami kepada Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir dan ayah kepada Muhammad Luth dan Fateema Azzahra ini memberi komitmen yang bersungguh-sungguh sebagai seorang bapa.

Pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Allah. Malah dia juga pernah diaju soalan daripada rakan-rakan yang menyatakan dia sudah berubah selepas berkahwin.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, Saharul akui sebagai seorang suami dan bapa dia perlu lakukan banyak pengorbanan demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.
Seperti mana yang dikongsi;

anak

BACA JUGA : Teman Ayah Bekerja, Anak Belajar Erti Susah Cari Duit. “Jadi Lelaki Jangan Suka Duduk Rumah…”

“Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?”

“Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu. Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya.

“Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta. Satu penghargaan dan ucapan terima kasih utk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada utk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. InShaaAllah..”Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke? 1

Beruntung sungguh Qaabila kerana memiliki suami yang baik dan bertanggungjawab. Saharul dan Qaabila Deena telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Sebelum ini Saharul juga sering berkongsi dan meluahkan perasaan kasih dan sayangnya terhadap keluarga tersayang.

Luahan Untuk Anak;

Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke? 2

“Wahai anak kesayangan Baba, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra

“Baba mungkinlah tidak semewah kawan kawan baba yang lain, tapi jangan risau, InShaaAllah akan baba usahakan supaya CUKUP semuanya.

“Baba mungkin bukan yang terbaik dikalangan kenalan baba, tapi jangan risau, Baba pasti jadi yang TERBAIK utk korang berdua. Termasuklah Mummy

“Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah. Menjadi TERBAIK buat mereka, dunia dan akhirat. InShaaAllah”.

Sumber/Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Lepas Kawin, Ada Anak Lepak Pun Jarang. Kena Gari Ke? 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here