Lelaki Terkejut Peti Ais Penuh Ulat Lepas 2 Bulan Tak Balik Rumah | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak beberapa bulan yang lalu memperlihatkan pergerakan orang ramai dihadkan bagi membendung penularan Covid-19.
Keadaan ini juga menyebabkan sesetengah orang terpaksa ‘meninggalkan’ rumah masing-masing.
Pun begitu, tempoh yang lama mungkin menyebabkan pelbagai masalah yang tidak terjangka berlaku di dalam rumah tersebut.
BACA: Guru Sanggup Pikul Peti Sejuk Seberat 40kg Redah Hutan Untuk Pelajar Sekolah Pendalaman
Keadaan ini dialami oleh seorang pengguna Twitter, Adib, yang nyata terkejut apabila melihat peti sejuk dipenuhi dengan ulat setelah dua bulan tidak pulang ke rumahnya.
Menurutnya, suis elektrik utama di dalam rumahnya mungkin ‘tertendang’ disebabkan oleh kilat.
2 bulan tak balik rumah, balik rumah perasan suis letrik utama rumah off. Barangkali kene tendang masa kilat. Hasilnya peti ais rumah .. 🤢🤮 pic.twitter.com/vSbvTiB75m
— Kinsey 🙂 (@adib_ozil) May 4, 2020
Pakai PPE Bersihkan Peti Ais
Menerusi bebenang yang seterusnya, dia juga berkongsikan perbualan rakan rumahnya yang berseloroh mengatakan bahawa perlu menggunakan pakaian penuh PPE bagi membersihkan peti sejuk itu.
Housemate aku: “Ni nanti nak bersihkan kene pakai full PPE mcm frontliner ni” 😂
Korang bersihkan lah. Aku nak pindah rumah.
— Kinsey 🙂 (@adib_ozil) May 4, 2020
Warga net juga berkongsi pengalaman sedemikian dan ada daripada mereka yang memberikan tips untuk mencuci peti sejuk tersebut.
BACA: Peti Ais Kurang Sejuk, Lelaki Ini Kongsi Servis Peti Ais Tak Sampai RM12!
Sumber: Adib_Azil
