Home All Isu Semasa Lelaki Ini Sanggup Berpanas Jual Tudung Hanya Atas Motor, Demi Lampin &...

Lelaki Ini Sanggup Berpanas Jual Tudung Hanya Atas Motor, Demi Lampin & Susu Anak!

3252
1
Lelaki Ini Sanggup Berpanas Jual Tudung Hanya Atas Motor, Demi Lampin & Susu Anak!

Lelaki Ini Sanggup Berpanas Jual Tudung Hanya Atas Motor, Demi Lampin & Susu Anak! | Dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19, rakyat Malaysia perlu berhadapan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Ianya sudah pasti memberi kesan yang sangat mendalam bagi mereka yang berpendapatan harian. Bagaimana pun terpaksa akur berikutan isu kesihatan lebih penting berbanding yang lain.

Saban hari ada sahaja kisah yang menyayat hati berikutan bekalan makanan semakin berkurang. Ini menandakan masih ramai masyarakat kita yang hidup dalam kesempitan.

Dan sewaktu ini lah kita perlu guna daya kretif diri sendiri dalam memperoleh mata pencarian. Mungkin dahulu kita pasif dengan perniagaan atas talian, namun dengan keadaan terdesak sebegini, ianya adalah jalan yang terbaik.

LELAKI JUAL TUDUNG HANYA ATAS MOTOSIKAL

Dalam satu perkongsian di laman Facebook Penang Kini beberapa jam yang lalu, seorang pengguna media sosial lain yang dikenali Alin Taharin ada memuat naik beberapa keping gambar yang menyentuh perasaan orang ramai.

“Tersentuh hati di Musim PKP. Terserempak dengan sedara ni di Petronas Seberang Jaya. Saudara kita ni bukan minta sedekah tapi jual tudung demi keperluan beli pampers dan susu anaknya.”

BACA: Pakcik Jual Sayur Tengah Panas Tanpa Payung, Kesian Tiada Siapa Singgah Beli

“Sapa lalu situ nampak belilah tudung tu walau tak pakai niat nak sedekah semoga permudakan urusan semua hendaknya.”

jual tudung

Menurut Alin, seorang lelaki sanggup menjual tudung dengan menggantungnya di motosikal. Lebih menyentuh perasaan apabila sebuah kadbod dibentang dengan menyatakan jualan tudung berkenaan bertujuan untuk membeli lampin dan juga susu anaknya.

BERJEMUR BAWAH PANAS TERIK MATAHARI

Lelaki berkenaan sanggup berjemur di bawah panas matahari demi sesuap rezeki. Difahamkan kejadian ini dirakamkan di kawasan Petronas Seberang Jaya.

Sudah pasti perkongsian ini menyentuh jiwa warganet yang lain. Rata-rata meluahkan rasa simpati mengenangkan nasib yang dihadapi oleh lelaki berkenaan. Walau bagaimanapun mereka memuji tindakan dia yang masih berusaha dengan kudrat demi keluarga di rumah.

Kesimpulannya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha dari kita. Bangga melihat lelaki ini yang sabar dan bekerja keras jual tudung walaupun bukan selalu kita tengok lelaki menjual tudung, semoga dimurahkan rezeki buat dia dan keluarga. Ingat lah bahawa ujian yang Allah turunkan tidak lebih dari kemampuan hambaNya.

Baca Selanjutnya

Lelaki Ini Sanggup Berpanas Jual Tudung Hanya Atas Motor, Demi Lampin & Susu Anak! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here