Home All Isu Semasa Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Atas Jalan Berlubang Sebagai Amaran Maut Menanti

Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Atas Jalan Berlubang Sebagai Amaran Maut Menanti

2476
0
Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Atas Jalan Berlubang Sebagai Amaran Maut Menanti

Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Atas Jalan Berlubang Sebagai Amaran Maut Menanti | Berang kerana tiada respon diambil pihak berkenaan selepas aduan dibuat, team Brotherhood Shah Alam telah memacakkan satu batu nisan di atas lubang jalan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya mengenai bahaya yang ada.

Gambar lubang jalan yang dipacakkan batu nisan yang dimuat turun pada tengah malam semalam menjadi tular di media sosial selepas dikongsi lebih 1,600 kali dengan 2,500.

Reaksi itu kemudiannya membawa hasil apabila pihak berkenaan dikhabarkan sudah turun padang menurap tidak sampai 12 jam kejadian tersebut dilaporkan.

BACA: Hukuman Mati Bagi Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian – Mufti Perlis

Dipercayai ditujukan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), kumpulan Ikatan Silaturrahim Brotherhood sebenarnya merupakan kumpulan aktivis yang terkenal dengan kerja menurap lubang jalan berlubang menggunakan dana mereka sendiri.

Mempunyai misi menyelamatkan lebih ramai pengguna jalan raya daripada terlibat kemalangan disebabkan keadaan jalan raya yang tidak sesuai seperti jalan berlubang.

Pertubuhan Brotherhood ini diasaskan oleh pelakon, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Cip atau Lando Zawawi bagi memberikan tekanan kepada pihak kerajaan supaya lebih prihatin dan pantas mengambil tindakan bagi perkara-perkara yang melibatkan nyawa.

jalan berlubang

Permukaan jalan raya merupakan elemen penting yang berhubung dengan tayar kenderaan. Sekiranya permukaan jalan raya tidak rata atau jalan berlubang, ianya boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas.

Menurut seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Mohamed Khatif Tawaf, permukaan jalan raya berlubang sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada kenderaan ringan seperti motosikal yang lebih mudah hilang kestabilan.

Lelaki Ini Pacak Batu Nisan Atas Jalan Berlubang Sebagai Amaran Maut Menanti 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here