Home All Isu Semasa Lelaki Ini ‘Membasuh’ Anak Baru Pulang Hindar COVID-19, Macam Snow Wash!

Lelaki Ini ‘Membasuh’ Anak Baru Pulang Hindar COVID-19, Macam Snow Wash!

24982
2
anak

Lelaki Ini ‘Membasuh’ Anak Baru Pulang Hindar COVID-19 Macam Snow Wash!| Hari ini merupakan hari ke 14 rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Tempoh PKP yang sebelum ini sepatutnya tamat pada 31 Mac telah dilanjutkan dari 14 hari ke 28 hari yang mana tempoh ini akan berakhir pada 14 April 2020.

Malah, dalam tempoh ini juga kes wabak Covid-19 dikatakan terus meningkat dari hari ke hari dan sehingga hari ini jumlah kes adalah sebanyak 2626 kes yang telah dilaporkan.

PKP

Masih ada yang degil

Pelbagai penguatkuasaan telah dilakukan supaya penduduk dapat mematuhi arahan supaya tidak keluar dari rumah masing-masing.

Sebelum ini pelbagai video telah tular yang mana memaparkan masih ada lagi orang melepak, bermain bola, jogging dan keluar rumah tanpa mengikut peraturan PKP yang telah ditetapkan.

Ada juga di antara mereka yang telah ditahan dan didakwa di atas kesalahan yang dilakukan.

Balik rumah Anak disiram air

Satu video di Facebook memaparkan seorang ayah yang sedang ‘mencuci’ anaknya yang masih di atas motor menjadi tular.

Lelaki tersebut dikatakan berbuat demikan kerana mahu mengajar anaknya yang tak dengar kata untuk duduk di rumah.

“Kan Abah dah cakap jgn keluar rumah! Degil!! Ni makan dia. Terbaik Pakcik”

Rata-rata netizen terhibur dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut untuk memberi pengajaran kepada anaknya agar mematuhi PKP.

Malah ada juga yang memuji tindakannya kerana ia berupaya menyahkuman dengan membasuh keseluruhan badan dan motor sekali.

Baca Selanjutnya

Lelaki Ini ‘Membasuh’ Anak Baru Pulang Hindar COVID-19, Macam Snow Wash! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here