Home All Isu Semasa Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari...

Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari Motor Selepas 2 Jam Dicuri!

874
0
Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari Motor Selepas 2 Jam Dicuri!

Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari Motor Selepas 2 Jam Dicuri! | Seorang individu yang dikenali sebagai Wan Haziq berkongsi di Twitternya mengenai pengalaman kecurian motosikal kesayangannya.

Namun dia bernasib baik kerana telah memasang alat pengesan Global Positioning System (GPS tracker) dan motosikalnya berjaya ditemukan semula dengan bantuan pihak polis dalam masa 2 jam sahaja.

Menurut Haziq, kecurian tersebut dipercayai melibatkan dua orang suspek. Suspek yang berjaya diberkas merupakan salah seorang daripada mereka yang melakukan tugasan meleraikan motosikal tersbut. Manakala seorang lagi suspek yang melakukan pencurian telah pulang ke rumah selepas selesai ‘tugasannya’.

Difahamkan, rumah tersebut merupakan stor simpanan barangan katering kerana banyak cawan katering kelihatan berada di sana.

gps tracker

GPS tracker membantu mengesan motosikal tersebut

Haziq yang menggunakan GPS tracker memberitahu alat tersebut dihubungkan terus ke telefon pintarnya. Perkara ini memudahkan untuk melihat pergerakan dan kedudukan motosikal tersebut melalui paparan di skrin telefon pintar dari semasa ke semasa.

Menurut Haziq lagi alat pengesan tersebut perlu dipasang dalam keadaan yang agak tersorok pada motosikal. Ini bagi memastikan pencuri tidak dapat mengesan alat tersebut dengan mudah.

GPS tracker ini bukan sahaja boleh dipasang pada motosikal, malah ianya boleh dipasang pada semua jenis kenderaan lain.

Dengan bantuan alat pengesan tersebut, Haziq dengan kerjasama pihak polis berjaya mengesan motosikalnya yang berada di sebuah lokasi tidak sampai 2 jam.

Hasil serbuan di rumah itu, mereka turut berjaya menemui dua lagi rangka motosikal Yamaha Y15.

BACA JUGA: Inilah 10 Kaedah Mencari Barang Yang Hilang Dengan Cara Islam

Perkongsiannya itu mendapat lebih 14,000 retweet dan lebih 10,000 tanda likes. Ramai netizen turut berminat bertanyakan lebih lanjut mengenai GPS tracker tersebut yang turut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lain.

Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari Motor Selepas 2 Jam Dicuri! 1 Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari Motor Selepas 2 Jam Dicuri! 2

Sumber

Boleh Kesan Lokasi Motor Hilang, Lelaki Ini Kongsi GPS Tracker Bantu Cari Motor Selepas 2 Jam Dicuri! 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here