Home All Isu Semasa “Kami Amat Terharu,” Lelaki ‘Belanja’ Anggota Bomba Kerana Pernah Selamatkannya Tahun Lalu

“Kami Amat Terharu,” Lelaki ‘Belanja’ Anggota Bomba Kerana Pernah Selamatkannya Tahun Lalu

2359
0
anggota bomba

Tanggungjawab anggota Bomba sememangnya sangat mencabar fizikal dan mental. Umum mengetahui bahawa anggota bomba akan sentiasa bersedia untuk membantu orang awam tidak kira walau serumit manapun tugas yang perlu digalas.

Disebabkan itu juga mereka digelar sebagai ‘hero yang tidak didendang’. Telah banyak tugas yang mereka lakukan iaitu bukan sahaja memadam kebakaran tetapi juga membantu mangsa lemas, menangkap haiwan berbisa dan pelbagai lagi tugas lain.

Menerusi kiriman Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, ada individu yang dikenali sebagai Kenny Tan membalas jasa anggota bomba yang menyelamatkannya dalam kemalangan ketika aktiviti berbasikal pada tahun 2019 yang lalu.

Belanja Anggota Bomba Satu Balai

Hari ini kami berasa amat terharu dengan kehadiran Kenny Tan..seseorang yang pernah kami selamatkan semasa beliau mengalami kemalangan (patah kaki) ketika melakukan aktiviti berbasikal pada 30 Ogos 2019 yang lalu.

anggota bomba

Hadirnya membawa banyak sekali makanan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.

anggota bomba

“Kami berasa gembira kerana mangsa yang pernah diselamatkan sudah pun sembuh seperti sediakala.”

anggota bomba

“Terima kasih juga kerana masih mengingati kami sebagai penyelamat anda,.

“Siap sedia setiap masa”

Kiriman itu mendapat reaksi yang positif dalam kalangan netizen dan rata-rata daripada mereka juga memuji Kenny Tan.

“Kami Amat Terharu,” Lelaki ‘Belanja’ Anggota Bomba Kerana Pernah Selamatkannya Tahun Lalu 1

“Kami Amat Terharu,” Lelaki ‘Belanja’ Anggota Bomba Kerana Pernah Selamatkannya Tahun Lalu 2

“Kami Amat Terharu,” Lelaki ‘Belanja’ Anggota Bomba Kerana Pernah Selamatkannya Tahun Lalu 3

Sumber: Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur

CONTINUE READING

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here